27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jalan Kg.Kepayan Lama putus, tindakan segera akan diambil.

Robert (depan tengah)dan rombongan semasa melawat hakisan sungai Pegalan yang menyebabkan jalan Kepayan Lama terputus

KENINGAU:Pagi tadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin melawat jalan Kampung Kepayan Lama yang terputus akibat hakisan banjir Sungai Pegalan kelmarin.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, hasil lawatan ini, tindakan susulan akan diambil. 

“Saya akan membawa masalah ini ke Mesyuarat Khas bersama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menilai cadangan pembaikan jalan tersebut” katanya kepada media selepas lawatan itu.

Robert berkata, tindakan segera perlu diambil bagi mengatasi hakisan tebing itu kerana ia bukan sahaja mengakibatkan jalan putus tetapi berhampiran dengan rumah seorang penduduk Aloysius Malik.

Selepas melawat hakisan tebing itu Robert terus bergegas melawat Pusat Penempatan Sementara (PPS) mangsa banjir dari Kampung Gasabon di Dewan Masyarakat Apin-Apin.

Turut sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM )N.40 Bingkor Junior Fred, CDO Bingkor Tinus Majip Pemaju Mukim Apin-Apin Dennis Juakim dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN