26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mac 16, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Jaiping Minsu calon KDM Dun Bandau

TANDING DI DUN BANDAU… Jaiping Minsu Calon KDM Dun Bandau.

OLEH: HJ MOHD AMIN HJ MUIN
DAN A.JALIL MADARIN

KOTA BELUD: Timbalan Ketua Bahagian Parti Kesejahteraan Demokratik (KDM) Bahagian Kota Marudu, Jaiping Minsu diumumkan sebagai calon parti tersebut bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah Bandau pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke 17 yang tarikhnya akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan bermesyuarat pada 16-10-2025 ini

Pengumuman tersebut dibust oleh Timbalan Presiden KDM yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya Parti KDM Negeri Sabah, Datuk Wetrom @ Mohd Fikri Bahanda pada Majlis Himpunan Pemuda, Wanita dan Puteri KDM, DUN Kedamaian di Dewan Gopog, Kampung Taginambur Kota Belud dekat sini baru-baru ini.

Turut diumumkan ialah Datuk Almudin Kaida bagi Dun Pintasan, John Samud di Dun Tampasuk dan Josely Taising bagi Dun Kedamaian.

Jaiping adalah seorang veteran politik yang telah menceburkan diri sejak 38 tahun yang lalu dan berada dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun.

Dalam Perkhidmatan Awam Jaipin Minsu bertugas sebagai Pegawai Tadbir Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) dari tahun 2011 hingga 2017, beliau menyandang jawatan yang sama kemudian di Majlis Daerah Tenom dari tahun 2017 hingga 2019 kemudian Jaiping berpindah ke Majlis Daerah Ranau dari tahun 2019 hingga 2020.

Dari tahun 2020 hingga 2023 Jaiping yang masih menyandang jawatan Pegawai Tadbir ditugaskan di Majlis Daerah Nabawan akhir sekali dari tahun 2023 sehingga 2025 Jaiping mengakhiri tugasnya sebagai Pegawai Tadbir di Majlis Daerah Beaufort.

Sepanjang penglibatannya dalam politik dan sebagai Timbalan Ketua Bahagian Parti KDM Kota Marudu Jaiping telah mengadakan pelbagai program yang bukan sahaja menjurus kepada aktiviti sukan, kebudayaan, kesenian kesimpulannya merangkumi kemasyarakat yang melibatkan rakyat pelbagai peringkat termasuk pemuda, wanita dan puteri.

Program yang dianjurkan bukan saja disertai oleh ahli parti KDM itu sendiri malah pelbagai ahli dari parti yang berlainan yang terdapat dalam Dun Bandau serta Parlimen Kota Marudu.

Jaiping yang dikenali sebagai pemimpin mesra rakyat tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin dalam mendepani pelbagai agenda rakyat seandainya diundang kemajlis keramaian, merasmikan pelbagai program atau jika rakyat dilanda musibah seperti sakit dan kematian/meninggal dunia jika dia maklum Jaiping tetap hadir dan menyantuni mereka.

Menyentuh tentang Pilihan Raya Ke17 ini beliau berkata, beliau memohon maaf terlebih dahulu sebab belum masanya berkempan namun ambillah kesempatan untuk mengenali calon dari parti KDM di Dun Bandau ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN