29.1 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jabatan Pendidikan Labuan anjur Kolokium Kajian Tindakan Peringkat Kebangsaan siri 2

GAMBAR: KOLOKIUM  sebahagian daripada peserta yang menyertai Kolokium peringkat kebangsaan secara talian anjuran Jabatan Pendidikan Labuan.

0leh: Jainudin Djimin

LABUAN: Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah  menganjurkan Kolokium Kajian Tindakan Peringkat Kebangsaan Siri 2 yang diadakan selama dua hari baru-baru ini.

Kolokium Bertemakan  Kajian Tindakan Memacu Tranfomasi PdP yang diadakan secara atas talian telah berjaya menarik 105 kertas pembentangan daripada warga guru dari seluruh negara.

Menurut Penolong Pengarah Sektor Perancangan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Faridah Amit Kolokium tersebut  adalah lanjutan daripada kolokium siri 1 yang telah diadakan  pada April lepas yang juga  melibatkan semua warga  guru dari seluruh negara.

“Oleh kerana penyertaan yang sanggat menggalakkan daripada para peserta, pihak urusetia telah menyediakan satu lagi platform  untuk memberi  peluang perkongsian amalan PdP dalam kalangan guru demi kepentingan bersama.

“Sebanyak tiga sesi telah dibuka menerusi dalam talian secara selari untuk membolehkan kesemua 105 kertas kajian dibentangkan dalam masa dua hari” katanya.

Faridah yang juga Penyelaras Kolokium menjelaskan, kejayaan penganjuran kolokium turut mendapat sokongan dan komitmen serta kerjasama padu daripada  Pegawai SISC+ Jabatan Pendidikan Labuan, Suraini Alland Rice Oxley.

“Saya sangat berpuas hati kerana Teknik 12 Langkah ini telah berkembang ke seluruh negara  ini adalah sumbangan ikhlas ptofesioanl saya sebagai tanda kebersamaan kota dalam menempuh pendemik COVID 19” katanya.

Beliau yang juga  pencipta Teknik 12 Langkah berharap guru guru  mendapat menfaat daripada perkongsian Kolokium  ini dan terus  mengamalkan kajian tindakan untuk meningkatkan potensi dan kualiti PdP dari masa ke semasa.

Majlis penutupan Kolokium telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Yusuf  Mohamad.

Yusuf dalam ucapan perasmiannya berkata,   pendidikan pada waktu ini tidak terhad  di dalam bilik darjah  semata mata. Sebaliknya para guru mesti sentiasa bersiap siaga mengharungi cabaran  dan perubahan di dalam dunia VUCA sekarang ini.

“Semua guru dan murid mesti melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran pendidikan digital  yang telah menjadi teras penyampaian sistem pendidikan ketika ini yang juga selaras dengan tema hari guru tahun ini “ Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”katanya.

Sementara itu Pengurus Program, Mohd Nizam Yasim mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan turut membayangkan Kolokium Kajian Teknik 12 Langkah akan dilaksanakan pada tahun akan datang  atas sambutan yang diluar jangkaan tahun ini.

Mohd Nizam yang juga  Timbalan  Pengarah Sektor Perancangan berkata, penyiaran Kolokium telah dibuat melalui dua saluran siaran langsung iaitu Facebook Live dan Youtube Live dengan menyaksikan sehingga kini sebanyak 17,000 tontonan dan dijangka akan terus meningkat dari masa ke semasa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN