ADVERTISEMENTspot_img

Jabatan Laut Labuan anjur Latihan Tumpahan minyak peringkat Borneo

Sebahagian anggota agensi kerajaan dan swasta yang menyertai latihan tersebut


LABUAN: Jabatan Laut Wilayah Persekutuan Labuan menganjurkan Latihan tumpahan minyak peringkat Borneo yang diadakan di kawasan perairan Labuan dan Teluk Brunei di sini, pada Khamis.


Latihan yang disertai 100 orang membabitkan agensi kerajaan dan swasta itu antara lain bertujuan memperkukuh kesiap siagaan menangani insiden pencemaran laut khusunya di perairan Labuan dan Teluk Brunei.


Pengarah Jabatan Laut Wilayah Labuan, Alimuddin Amirudin berkata selain itu, latihan tersebut juga sebagai pendedahan kepada peraturan dan prosedur mengawal tumpahan minyak serta pengawalan, selaras dengan Pelan kontigensi Tumpahan Minyak Malaysia (MOSCoP).


“Untuk latihan pada kali ini kita fokus kepada semburan dispertion di mana kita menggunakan peralatan daripada kerjasama pihak swasta seperti meleraikan molekul minyal-minyak bagi tujuan memudahkan proses pembersihan dibuat”, katanya kepada pemberita selepas simulasi latihan di perairan Teluk Brunei.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Labuan Zulfadzli Zakaria yang turut hadir pada sesi latihan itu berkata pelan MOSCoP menjadi panduan supaya segala insiden tumpahan minyak dapat ditangani dengan holistik dan berkesan.


“Kita juga melakukan rondaan laut pada beberapa hari yang tertentu untuk memastikan bahawa tiada sebarang operasi yang menyebabkan tumpahan minyak di sekitar pulau Labuan”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN