Jabatan Kesihatan Ranau, berjaya mengimunisasi 1,530 penduduk dalam tempoh 4 hari.

Jabatan Kesihatan Ranau, berjaya mengimunisasi 1,530 penduduk dalam tempoh 4 hari.

17/07/2021 Off By JAINUDDIN NASIR

Sebahagian mereka yang menunggu giliran untuk menerima suntikan dos kedua di Dewan Masyarakat Ranau.

RANAU: Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) menerusi Jabatan Kesihatan Daerah Ranau, telah berjaya mengimunisasi 1,530 orang penduduk daerah ini yang menerima suntikan   dos kedua di Dewan Masyarakat Ranau yang diadakan selama empat hari berturut-turut  iaitu14 Julai (348),  15 Julai (360), 16 Julai (588) dan hari ini 17 Julai,  534 yakni 300 penerima suntikan dos pertama dan 234 dos kedua.

Pegawai Perubatan pejabat Kesihatan daerah Ranau, Dr
Edwaider Koimin letika ditemui mengharapkan kepada penduduk yang sudah menerima jadual untuk mendapatkan suntikan supaya datang ke pusat imunasisasi untuk  suntikan dos pertama atau dos kedua.

“Orang ramai tidak perlu takut dengan suntikan vaksin sebagai benteng diri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan Covid-19  yang kini belum berakhir”, jelas Dr.Edwaider.

Beliu juga menasihatkan penduduk supaya tidak mudah terpengaruh dengan maklumat tidak sahih yang dimuat-turun golongan tertentu berhubung Vaksin Covid-19.

“Apa yang penting ialah semua orang harus berkeyakinan bahawa semua vaksin adalah selamat digunakan demi kebaikan kendiri dan orang lain”, tambahnya.