SERAH…… Danail Mah secara seimbolik menyerahkan peralatan kesihatan dan perubatan kepada Dr. Ismuni (dua kanan) disaksikan Bashir (tengah) dan Dr. Adnan.
LABUAN: Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan menerima asset dan peralatan perubatan sumbangan Labuan FSA dan pengiat Industri Labuan IBFC bernilai RM 342,999.00 untuk kegunaan Hospital Labuan.
Majlis simbolik penyerahan sumbangan itu telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Labuan FSA Datuk Danial Mah Abdullah kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan, Dr.Ismuni Bohari dalam satu majlis ringkas di bangunan Jabatan Kesihatan di Membedai dekat sini, pada Khamis.
Hadir sama menyaksikan majlis itu Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, Pengarah Hospital Nuklueus Labuan, Dr Adnan Musa Balidran dan Pengerusi Persatuan Bank Labuan, Khairuddin Abdul Rahman
Antara peralatan kesihatan yang disumbangkan oleh Labuan FSA dan Labuan IBFC itu ialah satu unit Cepheld GeneXpert Machine, 600 unit Xpert Xpress SARS-Cov-2 Test Kits, 70 unit 2 Function Manual Hospital Bed, 1 unit 3 Function Manual Hospital Bed dan 69 unit Adjustable Overbed Table Hospital Bed.

Peralatan lain yang turut disumbangkan ialah 5 unit Sundrtrom Silicon Half Face Mask bersama Sundstrom SR 510P3 Filter, 10 unit bantal dan 40 unit kerusi plastik.
Sementara itu perkhidmatan penghantaran Manual Bed dan Overbed Table disediakan oleh syarikat TOS Logistic Shipping Sdn. Bhd.
Dr. Ismuni ketika ditemui berkata sumbangan tersebut merupakan salah satu jalinan kerjasama pelbagai pihak yang melibatkan sektor korporat dan Jabatan Kesihatan bagi menagani cabaran krisis COVID 19.
“Ia bukan sahaja bertujuan memudahcara dan membantu dalam meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan di pulau ini, tetapi juga membantu dalam menangani krisis COVID 19 yang sedang melanda” katanya.
Terdahulu, Danial Mah dalam ucapannya berkata, Labuan FSA dan Penggiat Industri IBFC pada Mac 2020 telah mewujudkan sebuah inisiatif kutipan dana khusus untuk COVID 19 yang bertujuan untuk meringankan beban penduduk Labuan melalui jalinan kerjasama dengan pihak Hospital Labuan sebagai salah satu usaha dalam aspek penambahbaikan kemudahan dan peralatan hospital.
“Hospital merupakan sebuah institusi perkhidmatan yang amat penting bagi sesebuah komuniti terutamanya di Labuan, lebih-lebih lagi dalam situasi yang mencabar ini. Justeru, kemudahan-kemudahan dan peralatan hospital hendaklah sentiasa cukup dan terkini.
“Kami amat bersyukur kerana dengan dana bantuan COVID 19, Labuan IBFC dapat menaja beberapa perlatan perubatan dan kesihatan yang sangat sangat diperlukan oleh Hospital Labuan khususnya dalam menangani penularan wabak COVID 19” katanya.



