28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 13, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Jabatan Kesihatan Labuan lasakna Operasi Bersepadu OSCA

Anggota Operasi Bersepadu OSCA ketika melakukan pemeriksaan di beberapa premis perniagaan di sekitar Labuan.

LABUAN: Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan (JKNWPL) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan lain telah melaksanakan Operasi Bersepadu Undang Undang Kesihatan Awam (OSCA) siri 5/2025 selama tiga hari yang berakhir pada Rabu lalu.


Operasi berkenaan yang di ketuai oleh JKNWPL melibatkan 68 anggota telah melakukan pemeriksaan premis perniagaan termasuk di tiga buah kampung masing masing di Kampung Lajau, Layangan dan Kampung Kerupang, pada Rabu.


Menurut kenyataan JKNWPL, operasi berkenaan yang dilaksanakan secara berterusan bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kesejahteraan penduduk di pulau ini, termasuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan undang undang kesihatan.


Jelas kenyataan itu Operasi Bersepadu OSCA melibatkan empat akta (4) kesihatan awam iaitu Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), Akta Makanan 1983 (Akta 281), Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154) dan Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).


Sementara itu, sebanyak 25 notis telah dikeluarkan melibatkan 18 notis (Akta 852) 2024, tujuh notis (Akta 281) 1983 dan lapan notis (Akta 154) 1975.


Antara agensi yang terlibat dalam Operasi OSCA Kali ini itu ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Bahagian Farmasi JKNWPL, Jabatan Pelesenan Perbadanan Labuan dan Penguatkuasa Kesihatan.


Turut terlibat dalam operasi itu Jabatan Penyiaran Dan Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN