GIMIKā¦Haji Suhaimi (kanan) menyampaikan peralatan PA Sistem kepada wakil penduduk KK.Jaminin
RANAU: Jawatankuasa Surau Al-Amin Kg Bahab, di sini merakam penghargaan terima kasih kepada Menteri Kewangan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.37 Karanaan Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun kerana menyumbang seset peralatan Pembesar Suara kepada surau berkenaan bagi menggantikan peralatan yang sudah uzur.
Sumbangan peralatan itu disampaikan sempana Ramadan oleh CDO N.37 Karanaan,Haji Suhaimi Bin Manjun yang mewakili Datuk.Masidi, disaksikan Jawatankuasa Surau Al-Amin.
Pengerusi Surau, Ustaz Azhanin mewakili masyarakat Kg.Bahab berterima kasih kepada Datuk Masidi kerana keprihatinannya menyumbang PA Sistem untuk kegunaan di surau tersebut.
“Peralatan ini amat kami perlukan untuk laungan Azan dan ceramah agama terutamanya ketika ini bulan Ramadan hinggalah menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba tidak lama lagi”, jelas Azhanin.
Hadir sama pada penyerahan peralatan tersebut ialah, Ketua Kampung, KK Jaminin Jain, Pengerusi JPKK, Alpian Sahadi dan Imam Jahili Jamain.
Sepanjang bulan Ramadan ini masyarakat Islam Kg.Bahab aktif menganjurkan aktiviti keagamaan termasuk Solat Sunat Tarawih bertujuan memupuk ikatan Silaturrahim dan ukuwah dikalangan umat Islam Kg.Bahab dan sekitarnya.