Addie (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Hairon.
KENINGAU: Institut Pendidikan Guru ( IPG ) Kampus Keningau menerima sumbangan kewangan daripada Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin,
Sumbangan itu adalah untuk melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan Ramadan 1444H.
Staf Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Bingkor Addie Bongsu Bin Mohd Arifin,
mewakili Robert menyampaikan sumbangan tersebut kepadq Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam & Masjid IPG Kampus Keningau Hairon Bin Zainal Abidin.
Hairon mengucapkan terima kasih kepada Robert atas sumbangan kewangan bagi membiayai kos aktiviti yang diadakan sepanjang bulan Ramadan ini.
Katanya, dengan sumbangan tersebut sudah tentu aktiviti aktiviti yang telah dirancang itu dapat dijalankan dengsn jayanya.
Turut menerima sumbangan kewangan daripada Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor adalah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Merampong.
Sumbangan tersebut adalah bagi membiayai pengurusan dan pelaksanaan program pengagihan bubur lambuk sempena Bulan Ramadan 1444H/2023M.
Penyelia Kemajuan Masyarakat UPPM N40 Bingkor Mohd Zaki Zakaria mewakili Robert menyampaikan sumbangan tersebut kepada Pengerusi JPKK Kg. Merampong Said Siapen.
Said berkata dengan adanya sumbangan Robert ini sudah tentu amat bermanfaat dan membantu kelancaran program seperti yang telah dirancang.
Bagi pihak penduduk Kg. Merampong, Said Siapen mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Robert atas keprihatinan beliau.