26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

IPD Ranau sertai Program Memperkasakan Usahawan Wanita Muda Sabah: ‘Kuasa Wanita, Kuasa Ekonomi’

Masidi melawat exhibition booth IPD Ranau dalam majlis itu

RANAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau telah menggerakkan pegawai dan anggota daripada setiap bahagian bagi menghadiri Program Memperkasakan Usahawan Wanita Muda Sabah: ‘Kuasa Wanita, Kuasa Ekonomi’ di Dewan Masyarakat Ranau.

Kehadiran rombongan diketuai ASP Slyvia Martin Dalog bersama Ketua Amanita IPD Ranau, Inspektor Nurliyana binti Ali manakala penugasan kawalan keselamatan dan lalu lintas diselaraskan oleh Gerakan IPD Ranau sepanjang program.

Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN N.37 Karanaan Datuk Seri Masidi Manjun hadir merasmikan program yang dihadiri anggaran 300 peserta yang tiba seawal 7.45 pagi itu.

Pegawai Daerah Ranau, Tinus Manggam menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum Masidi merasmikan penutupan, menekankan peranan wanita sebagai pemacu ekonomi tempatan.

Sepanjang program, pasukan AMANITA IPD Ranau menyampaikan taklimat mengenai jenayah siber, jenayah seksual, keganasan rumah tangga serta tip pencegahan jenayah kediaman; risalah kesedaran diedarkan.

Dalam majlis itu, 20 usahawan wanita menerima surat tawaran pinjaman manakala 60 peserta dianugerahkan sijil.

Kehadiran menyeluruh IPD Ranau menyerlahkan komitmen PDRM dalam mendampingi komuniti dan memperkukuh jaringan keselamatan bersama masyarakat wanita Ranau.

Dalam pada itu, Ranau dipilih sebagai lokasi kedua bagi program itu susulan pelancarannya yang berjaya di Beaufort bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan (IDS), Datuk Dr Ramzah Dambul berkata inisiatif ini merupakan komitmen jangka panjang untuk mengukuhkan peranan wanita dalam pembangunan ekonomi di peringkat akar umbi.

“Kami bukan sekadar melatih usahawan muda, tetapi mencetuskan gelombang baharu transformasi ekonomi luar bandar yang diterajui wanita muda,” katanya dalam kenyataan.

“Di Ranau, kami ingin menonjolkan bahawa wanita muda bukan sekadar menyokong ekonomi, tetapi menjadi ejen utama perubahan dan pertumbuhan mampan dalam komuniti mereka,” tambahnya.

Program ini menampilkan sesi perkongsian ilmu bersama usahawan tempatan berjaya, meliputi topik seperti keusa hawanan sosial, pembangunan perniagaan pelancongan, koperasi kraf etnik, dan strategi pemasaran digital untuk perniagaan kecil.

Peserta turut berpeluang mengetahui mengenai Skim Pembiayaan Pemerkasaan
Dayang, iaitu satu inisiatif pembiayaan khas bagi membantu wanita muda memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.

Wanita muda yang terlibat dalam keusahawanan dari Ranau dan kawasan sekitarnya digalakkan untuk menghadiri program percuma ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN