Supritendan Yampil
KENINGAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau merampas 16,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM60,000 yang dipercayai diselewengkan pada Isnin lepas lebih kurang jam 6.00 petang.
Ketua Polis Daerah Keningau, Supritendan Yampil Anak Garai berkata, berikutan rampasan ini tiga lelaki warga tempatan dan seorang warga asing yang berumur dalam lingkungan 27 hingga 51 tahun turut ditahan di Kampung Pampang dan Baru Durok dekat sini.
Katanya, dalam kejadian ini pemantuan operasi telah dijalankan selama lebih kurang tiga jam di kedua-dua tempat yang berasingan di mana tempat aktiviti disyaki penyewelengan minyak diesel bersubsidi dijalankan oleh dua lelaki menggunakan kenderaan lori tangki di kawasan kampung Pampang Keningau dan satu lagi di kawasan Kampung Baru Durok Keningau dimana terdpt aktiviti yang disyaki penyewelengan minyak diesel bersubsidi oleh dua org lelaki dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di IPD Keningau di sini pada Rabu.
Jelas Supritendan Yampil, dua buah lori lapan tan serta kenderaan pacuan roda yang diubah suai bersama 4 buah Telefon bimbit dan pump Elektrik tangki minyak juga dirampas dan dibawa ke pejabat siasatan jenayah untuk siasatan lanjut.
Katanya, Kes ini disiasat dibawah seksyen 21 akta kawalan bekalan 1961 dan kesemua saspek kini dalam ditahan reman selama empat hari bermula 19 Mac lalu untuk siasatan lanjut.
Dalam sidang media yang sama, Supritendan Yampil turut memberitahu seorang remaja perempuan, Nurul Amira Sainuddin 16 tahun, maut dalam satu kejadian kemalangan motosikal yang berlaku pukul 8.56 pagi Rabu di jalan kilometer 2.5 jalan Keningau-Magatang.
Katanya, hasil siastan lanjut di tempat lokasi kejadian, polis mendapati semasa kejadian mangsa maut yang menunggang motorsikal dari arah Kampung Panagatan menuju ke Pekan Keningau dan cuba memotong sebuah kenderaan di selekoh nanum gagal mengawal motorsikal yang ditunggangnya mengakibatkan mangsa terbabas dan melanggar sebuah lori dari arah bertentangan lalu tercampak ke kiri jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

Motosikal yang ditunggang remaja yang maut
Mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Keningau untuk pemeriksaan dan bedah siasat akan dijalankan setelah keputusan ujian Covid 19 diperolehi oleh pihak Hospital.
Jelasnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalanrya APJ 1987 dan siasatan masih diteruskan lagi.