30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Inisiatif ‘One Hour Malaysia Clean Up’ bagi mengurangkan kes denggi di Sabah

CENDERAHATI…Flovia menerima cenderahati pada majlis itu

KUNAK: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan inisiatif ‘One Hour Malaysia Clean Up’ bagi mengurangkan kes dan risiko kematian akibat demam denggi di negara ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib, berkata , inisiatif itu bertujuan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes yang dilaksanakan secara konsisten.

la adalah aktiviti bulanan iaitu setiap Sabtu minggu keempat setiap bulan.

“Agensi kerajaan, swasta, komuniti dan badan bukan kerajaan (NGO) disaran untuk bersama-sama menjadikan inisiatif’One Hour Malaysia Clean Up sebagai aktiviti bulanan,” katanya.

Menurut James, ia berikutan fakta bahawa negeri ini merekodkan sebanyak 5,119 kes demam denggi setakat 2 September lepas atau perkiraan mengikut minggu epidemik (epid.35).

Jumlah itu meningkat sebanyak 48.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu 3,453 kes.

Dalam tempoh tersebut, terdapat tujuh kematian disahkan akibat denggi dengan daerah Sandakan merekodkan tiga kes, Kunak(2) dan masing-masing satu kes di Penampang dan Kudat.

Beliau berkata demijian ketika merasmikan Pelancaran Program One Hour Malaysia Clean Up’ dan Gotong Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Negeri Sabah, di Taman Perumahan PPR Sri Pangkalan, dekat sini, Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan pembantunya, Datuk Flovia Ng.

James berkata, KKM turut memperkenal inisiatif Gotong-royong Mega Perangi Aedes yang akan diadakansebanyak dua kali setiap tahun dengan pembabitan semua agensi serta penyertaan komuniti dalam usaha menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Di Sabah,Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 telahpun dilaksana pada 17 Jun lalu di Kampung Tebobon, Kota Kinabalu.

“Gabungan bersama program ‘One Hour Malaysia Clean Up’ hari ini (di Kunak) pula merupakan Gotong Royong Mega Perangi Aedes 2.0.

“Pencegahan paling asas ialah membersih dan memusnahkan bekas-bekasberpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk,” katanya.

Beliau menambah,sehingga minggu epidemik (epid.34), 1,404 jumlah cadangan kompaun telah dikeluarkan dengan anggaran nilai keseluruhan RM692,800.

“(Bagaimanapun), bukan isu kompaun menjadi ukuran, tetapi semua pihak berperanan memerangi denggi dan ia merupakan tugas bersama khususnya dalam kalangan komuniti, dan bukan hanya meletakkan tanggungjawab itu di bahu agensi terlibat semata-mata,” katanya.

Mengikut rekod Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, kata James, lima daerah di negeri ini mencatatkan jumlah kes tertinggi denggi iaitu Sandakan dengan 1,312 kes,diikuti Kota Kinabalu(947), Tawau (874), Lahad Datu (512)dan Putatan (224).

Sehubungan itu, katanya data yang diperolehi dari lapangan menunjukkan bahawa tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes adalah berpunca dari tabiat dan sikap individu sendiri yang tidak dapat menyelenggara persekitaran agar bebas daripada bekas-bekas yang boleh menyebabkan nyamuk membiak.

Oleh itu,penting bagi setiap anggota masyarakat di semua peringkat prihatin terhadap perkara itu.

“Risiko jangkitan yang boleh menyebabkan kematian dan kesengsaraan akibat demam denggi juga terdedah kepada jiran tetangga sama ada kalangan orang-orang tua, kanak-kanak, atau mereka yang kurang imuniti atau ketahanan kepada penyakit termasuklah mereka yang mempunyai morbiditi seperti darah tinggi dan kencing
manis,” katanya.

James juga menghargai penglibatan agensi kerajaan, syarikat swasta, NGO, pemimpin masyarakat setempat, khususnya para sukarelawan MyChampion Combi yang turut menjadi penggerak utama aktiviti pencegahan denggi secara sukarela dan berterusan
tanpa jemu.

Sementara itu, Dr Maria berkata, penglibatan sukarelawan MyChampion Combi sebagai ejen perubahan tingkah laku masyarakat akan diperkasa bagi membantu usaha mencegah dan mengawal denggi.

“Difahamkan sehingga 31 Ogos lepas, sebanyak 3,332 pasukan sukarelawan MyChampion Combi telah ditubuhkan dengan penyertaan sebanyak 31,239 orang sukarelawan yang terdiri daripada kalangan komuniti seluruh negara.

“MyChampion Combi perlu terus diperkasa agar mereka dapat berperanan sebagai pempengaruh komuniti dalam membantu Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan aktiviti pencegahan denggi,terutama melibatkan penyertaan komuniti setempat seperti aktiviti gotong-royong menghapuskan tempat pembiakan nyamuk
aedes,” katanya.

Dalam program itu,aktiviti gotong royong mega dijalankan bersama penduduk di beberapa kawasan perumahan sekitar daerah Kunak termasuk kawasan penempatan pinggir laut.

Turut sama dalam majlis itu ialah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr.Maria Suleiman mewakili Pengarah Kesihatan Sabah, Dr. Asits Sanna, Pegawai Daerah Kunak, Awang Mohd Yusof, pegawai-pegawai kanan kementerian kesihatan, pegawai kerajaan persekutuan dan negeri, serta penduduk sekitar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN