28.2 C
Kota Kinabalu
Isnin, Oktober 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Inisiatif CSR Bank Rakyat dan UDA Holdings di Hospital Kota Belud

GIMIK..Ewon menyampaikan sumbangan kerusi roda

KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, meluangkan masa berkunjung ke Hospital Kota Belud termasuk Wad Kanak-kanak bagi menyampaikan sumbangan di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bank Rakyat melalui inisiatif BaktiRAKYAT.

Ewon berkata, melalui inisiatif itu, Bank Rakyat menyalurkan sumbangan bagi pembinaan laluan pejalan kaki baharu yang diperlukan di hospital berkenaan.

“Manakala UDA Holdings Berhad pula menyumbangkan 10 kerusi roda serta sumbangan kepada kanak-kanak di wad hospital sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya,” katanya selepas mengadakan kunjungan ke Hospital Kota Belud, di sini hari ini.

Ewon turut merakamkan penghargaan kepada kedua-dua agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu atas pelaksanaan inisiatif CSR yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat setempat.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Bank Rakyat dan UDA Holdings atas keprihatinan mereka membantu menaik taraf kemudahan di Hospital Kota Belud serta menyediakan keperluan seperti kerusi roda khusus untuk pesakit.

“Usaha seperti ini perlu diteruskan dan dicontohi oleh agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain bagi melengkapkan usaha kerajaan mensejahterakan rakyat,” katanya.

Ewon berkata, inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan agensi di bawah KUSKOP dalam memperkasa program komuniti dan memperluas impak sosial melalui pendekatan tanggungjawab korporat di seluruh negara.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN