26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

IKHLASDOTCOM, YPL berkolaborasi jayakan Program, amal ‘Give With Ikhlas’

SIMBOLIK….Mohammad Ridzun (dua kiri) secara simbolik menyerahkan sumbangan Kit Makanan kepada Ansheray (kanan sekali) sumbangan IKHLASDOTCOM.

LABUAN: Syarikat IKHLASDOTCOM  dan Yayasan Pembangunan Labuanh (YPL) berkolaborasi dalam menjayakan program amal “ Give with Ikhlas” bagi membantu golongan kurang mampu dan   petugas barisan hadapan yang terkesan dengan Covid 19 khususnya semasa bulan Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekuitf YPL, Mohammad Ridzun Ibrahim berkata,  YPL merupakan wakil rakan pengedar berdaftar IKHLASDOTCOM dalam menyediakan 200 Kit Makanan untuk disumbangkan  kepada Jawatakuasa Penyelaras bantuan makanan Covid 19, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan.

“ Bakul Kit Makanan ini  mengandungi barang keperluan makanan  harian seperti beras, gula, serbuk minuman Milo, mee segera dan manakan dalam tin.  Dengan adanya bantuan bakul kit makanan ini ia sekurang-kurang dapat membantu dan meringankan golongan  sasar termasuk para petugas  barisan hadapan yang terjejas sepanjang tempoh PKP dilaksanakan” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan tersebut kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, Ansharey Matarsad di Pejabat  JKM Labuan, di sini, pada Selasa.

Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi Air Asia Group, Datuk Kamarudin Meranum serta  Yayasan Amanah Assofwah Almalikiyyah dan Syarikat IKHLASDOTCOM iaitu salah satu cabang perniagaan Air Asia.Com  di atas sumbangan yang diberikan kepada warga Labuan. TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN