26 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 9, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ibu tunggal terima sumbangan rumah baharu dari YKS

PENYERAHAN .. Sambil disaksikan oleh Ariffin (dua dari kanan) dan yang lain Harun menyampaikan kunci rumah baharu kepada Afnah-foto AJM

PITAS : Seorang Ibu tunggal Puan Afnah Tundan isteri kepada Allahyarham Cikgu Malik Madtasin Guru Besar SK Senaja Pitas menerima kunci rumah kediaman mereka yang baharu sumbangan Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) dan beberapa individu koporat.

Tanggal 1 Ogos 2024 ( tahun lalu ) Puan Afnah bukan sahaja kehilangan tempat tinggal malah paling menyedihkan beliau kehilangan orang yang tersayang iaitu suami dan seorang anak perempuannya serta seorang keluarga terdekat dalam satu kebakaran yang menyayat hati.

Pada 27 April lalu Puan Afnah telah menerima kunci mok sebagai gimik yang disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Haji Mohd Ariffin Datuk Haji Mohd Ariff mewakili Ketua Menteri Sabah bersempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) di Dataran Pitas.

Dan pada 1 Jun lalu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Oil dan Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) yang juga Presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS), Datuk Haji Harun Haji Ismail menyempurnakan penyampaian kunci rumah tersebut kepada Puan Afnah Tundan di Kampung Taka Pitas.

Ketika ditemui media Harun yang juga Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah berkata, sumbangan ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) YKS bagi meringankan beban Puan Afnah bersama tiga orang anaknya yang terselamat dari kejadian tersebut.

Selepas malapetaka itu mereka menumpang di rumah saudara mereka.

KENANGAN BERSAMA .. Harun dan rombongan merakamkan gambar kenangan bersama Puan Afnah.

Katanya, tragedi yang menyayat hati ini perlu mendapat perhatian pelbagai pihak yang mana selain sumbangan rumah kediaman perlu ada sumbangan lain kerana dalam kejadian itu mereka yang terselamat tinggal sehelai sepinggang.

“Sesungguhnya, jika kita berkemampuan membantu orang lain dalam kesusahan segalanya hanya Allah SWT sahajalah yang naha Mengetahui dan membalasnya.

Harun berkata sumbangan rumah ini bukan saja memberikan keselesaan kepada Puan Afnah malah anak-anaknya yang masih belajar merasa selesa menduduki rumah mereka yang baharu.

Beliau mendokan semoga Puan Afnah dan keluarganya diberikan kekuatan semangat yang kental menghadapi hari-hari mendatang setelah kehilangan suami dan anak perempuannya

Rumah berkeluasan lebih kurang 500 kaki persegi dilengkapi dua bilik tidur, dapur, kamar mandi dan tandas bernilai lebih RM61,000 sumbangan YKS dan orang perseorangan.

Hadir sama pada majlis penyerahan itu Pegawai Khas Datuk Harun iaitu Encik Abdul Majid Tarip@Man, Norijam Sanang, Pegawai Kemajuan Masyarakat Pitas, Ariffin Madtasin, Ahli Jawatankuasa PGRS Bahagian Pitas, Malai Saharuddin Malai Ahmat, Stanly @ Awit Lumbihan, Nordin Luminbu, Sabli Sarabi dan masyarakat setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN