KOTA KINABALU: Howard Johnson by Wyndham Kota Kinabalu City Centre hari ini mengumumkan pembukaan semula rasminya selepas menjalani proses naik taraf dan pengubahsuaian menyeluruh selama setahun, sekali gus menandakan lembaran baharu hotel ini di bawah jenama hospitaliti antarabangsa, Wyndham Hotels & Resorts.
Kerja-kerja pengubahsuaian tersebut merangkumi pembaharuan reka bentuk dalaman, peningkatan kemudahan bilik tetamu serta ruang awam bagi menawarkan pengalaman penginapan yang lebih moden, selesa dan menyenangkan.
Seiring dengan pembukaan semula ini, hotel turut memperkenalkan dua kemudahan baharu di aras bumbung, iaitu Gimnasium Bumbung (Rooftop Gym) dan Roofyard (Sunset Garden) — sebuah ruang makan terbuka yang menawarkan pemandangan bandar Kota Kinabalu serta suasana matahari terbenam yang memukau.
Terletak strategik di daerah perniagaan Kota Kinabalu, hotel ini hanya lapan kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan beberapa minit dari Terminal Feri Jesselton Point, yang menyediakan akses mudah ke pulau-pulau indah di Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Lokasinya turut berdekatan dengan tarikan utama bandar seperti Pasar Gaya Street, Suria Sabah, Imago Shopping Mall serta beberapa mercu tanda ikonik Kota Kinabalu.
Howard Johnson by Wyndham Kota Kinabalu City Centre menawarkan bilik tetamu bersaiz seragam 252 kaki persegi, lengkap dengan tab mandi dan pancuran berasingan, meja kerja, WiFi berkelajuan tinggi percuma serta kemudahan moden lain. Tetamu juga boleh memilih bilik dengan pemandangan bandar atau bukit, menjadikannya sesuai untuk pelancong perniagaan mahupun percutian.
Bagi pilihan menjamu selera, Tivoli Café menawarkan hidangan tempatan dan Barat sepanjang hari, manakala Roofyard (Sunset Garden) yang dibuka setiap hari dari jam 4.00 petang hingga 10.00 malam menyediakan pengalaman makan santai di atas bumbung dengan panorama bandar yang menawan.
Selain itu, hotel ini turut dilengkapi dengan lima ruang mesyuarat dan acara, kemudahan tempat letak kereta percuma, perkhidmatan kaunter hadapan 24 jam serta fasiliti lengkap bagi memenuhi keperluan perniagaan dan penganjuran acara berkumpulan.
Dengan identiti baharu dan kemudahan yang dipertingkatkan, Howard Johnson by Wyndham Kota Kinabalu City Centre kini bersedia untuk menawarkan pengalaman penginapan bandar yang lebih segar, selesa dan berkualiti kepada tetamu tempatan mahupun antarabangsa.
Majlis pembukaan semula ini turut dihadiri oleh wakil-wakil utama industri pelancongan dan hospitaliti negeri, antaranya Sabah Convention Bureau yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Noredah Othman, serta Encik Jeremy Yapp, Penolong (Jualan Kanan). Sabah Tourism Board pula diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Humprey Ginibun dan Puan Josephine Chai, manakala Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Kota Kinabalu diwakili oleh Timbalan Pengarah, Encik Mohd Noh Haffie Mapatoba.
Turut hadir ialah Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang diwakili oleh Presidennya, Encik Suresh Ramasamy, yang juga Pengurus Besar Le Méridien Kota Kinabalu. Kehadiran pemain industri hotel turut diserikan dengan penyertaan Encik Michael Tan, Pengurus Besar Grandis Hotel, dan Puan Natalia Saiman, Pengurus Besar ibis Kota Kinabalu.
Majlis ini juga disertai wakil industri pelancongan tempatan Borneo Trail, serta barisan kepimpinan hotel, termasuk Datuk KL Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Howard Johnson by Wyndham Kota Kinabalu City Centre, dan Datuk Aruldas A/L Arulandu, pemilik hotel.



