27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

HMD hargai peranan dan sumbangan Media Labuan

MEDIA… Fauziah Datuk  Din (berdiri barisan  depan dua dari kiri) bersama wartawan yang diraikan. Kelihatan sama Fuaziah Sidek (berdiri  barisan belakang tiga dari kiri) dan Asharey ( berdiri barisan depan kanan sekali)


LABUAN: HMD Automobile Sdn. Bhd  melahirkan penghargaan  terhadap peranan Persatuan Penggiat Media Labuan yang komited membuat laporan menegnai perkembangan isu  semasa baik dalam konteks  pembangunan negara, politik, sosial dan masyarakat.


Pengarah Urusan HMD Automobile Sdn. Bhd. Hajah Fauziah Datuk Mohd Din berkata,  golongan wartawan terutamanya pemgamal media di Labuan telah  memainkan peranan penting bukan sahaja menyebarkan maklumat yang sahih tetapi juga berupaya membina dan membentuk  minda  masyarakat kearah yang lebih baik dalam pelbagai isu.

SERAH…Fauziah menyampaikan sumbangan kepada Jainudin sempena Hari Wartawan Nasional 2020.


“Saya ingin mengambil kesempatan  sempena  Hari Wartawan Nasional 2020 ini untuk merakamkan ucapan terima kasih, tahniah dan penghargaan kepada semua wartawan yang telah banyak menabur jasa dalam memberikan yang terbaik kepada masyarakat  termasuk  maklumat berkaitan isu besar yang  melanda negara iaitu Pendamik Covid 19.


“Para wartawan juga merupakan anggota  barisan hadapan ketika negara berdepan situasi getir  Pandemik Covid 19   yang bekerja bertungkus lumus  dalam mengejar maklumat ketika negara berdepan situasi getir Pandemik Covid 19, tetapi mereka  sendiri tidak disorot sebagai  orang penting  disebalik berita yang dihasilkan” katanya.


Beliau berkata demikian ketika meraikan pengamal media Labuan (wartawan)  dalam norma baharu sempena Sambutan Hari Wartawan Nasional yang diadakan di Laman Paadian Labuan FM,  Jalan Tanjung Taras, di sini, pada  Sabtu.


Pada majlis itu, Fauziah turut menyerahkan sumbangan  ‘goodies’  kepada wartawan Labuan sebagai tanda penghargaan.

SUMBANGAN…. Mohd Redzuan menyampaikan  kek  Hari Wartawan kepada Fauziah Mohd Sidek sambil diperhatikan Jainudin (kiri) dan  Mohd Khairul Azad (JaPen)


Turut menyampaikan sumbangan sempena sambutan itu  ialah Yayasan Pembangunan Labuan (YPL), Tiara Labuan Hotel dan Dorsett Hotel Labuan.


Selain itu, HMD Automobile Sdn. Bhd dan YPL turut menyerahkan sumbangan barangan makanan kepada Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) LDA  Sungai Bedaun sempena sambutan Hari Raya dan Pesta Kaamatan.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif  Yayasan Pembangunan Labuan, Mohd Redzuan Ibrahim, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, Ansharey Matarsad,  Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Fauziah Mohd Sidek dan Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainudin Djimin. – Borneo Daily Bulletin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN