Hj. Ruslan Muharam (kanan) menyerahkan sumbangan kepada seorang ibu tunggal.
BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Hj. Ruslan Muharam (kanan) menyerahkan sumbangan kepada seorang ibu tunggal, Junaidah Jafar yang bakal memiliki rumah baharu dalam Program Rumah Teratak Prihatin di kampung Lubok, dalam kawasan Lumadan.
Menurut Hj. Ruslan, ini merupakan sumbangan yang kedua selepas seorang lagi ibu tunggal bersama anak kurang upaya (OKU) menerima bantuan di bawah program rumah teratak prihatin di kampung Luagan Sanginan.
Hi. Ruslan berharap, pada tahun ini, akan lebih banyak lagi bantuan rumah bagi golongan yang memerlukan akan dibina, dengan kerjasama di antara ADUN Lumadan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli perniagaan di sini.
Turut hadir ialah Hj. Samin Ongki pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Sabah (YADIM ) dan Osman Hj. Hamid pengerusi Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limauan, Papar.
Terdahulu, Hj. Ruslan menyampaikan bantuan bakul makanan E-kasih kepada golongan B40 di tiga buah kampung, iaitu kampung Lingkungan Laut, kampung Lingkungan Ulu dan kampung Inuman. Sebanyak 94 buah bakul bantuan telah diagihkan kepada ketua isi rumah.