ADVERTISEMENTspot_img

Himpunan #JusticeForZara 2.0 Di Ranau Bukti Suara Rakyat Tidak Boleh Dibungkam

Datuk Japirin (tengah) bersama sebahagian peserta himpunan #JusticefForZara di pekan Ranau semalam



RANAU: Himpunan #JusticeForZara 2.0 yang berlangsung di Ranau hari ini berjaya menarik kehadiran orang ramai sebagai tanda solidariti masyarakat menuntut keadilan dalam kes berkenaan.

Pengerusi penganjur, Japiril Suhaimin berkata himpunan itu menjadi bukti bahawa suara rakyat tidak mudah dipadamkan, malah semakin kuat apabila disuarakan secara bersama.

“Perhimpunan ini bukan sekadar laungan, tetapi satu tuntutan. Kita tidak berarak untuk dilihat, tetapi untuk didengar.

“Dan perjuangan ini tidak akan berhenti selagi keadilan tidak ditegakkan,” katanya ketika berucap pada program berkenaan, semalam di pekan Ranau.

Menurut beliau, sambutan daripada orang ramai, termasuk mereka yang tidak hadir secara fizikal namun tetap menyatakan sokongan dari jauh, membuktikan gerakan itu mendapat perhatian meluas.

Japiril turut menegaskan bahawa penganjur bersedia untuk meneruskan himpunan pada masa akan datang jika tuntutan mereka tidak mendapat perhatian sewajarnya.

“Himpunan #JusticeForZara 3.0 bukan sekadar kemungkinan, ia adalah janji,” katanya.

Beliau dalam masa sama mengingatkan bahawa kekuatan rakyat terletak pada perpaduan dan keberanian memperjuangkan kebenaran.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN