27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Hilang, wanita warga emas ditemui dalam hutan

BINTULU: Warga emas wanita yang dikhuatiri hilang di kawasan hutan belakang Rumah Bair, Bandar Samarakan Tatau, Jumaat lalu ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 11.06 pagi semalam.

Rami Jeti, 78, ditemui pasukan SAR pada jarak 400 meter ke dalam kawasan hutan belakang rumah panjang berkenaan.

Semasa ditemui, mangsa berada dalam keadaan lemah dan cedera ringan.

Mangsa kemudiannya dibawa keluar dari hutan menggunakan pengusung khas sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Tatau untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, mangsa sering ke kawasan hutan belakang rumah panjang berkenaan melalui pintu belakang bilik mereka, namun beliau balik semula ke rumah sebelum malam.-SarawakVoice

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN