26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Hevilift Sdn. Bhd sumbang PPE dan Kipas angin kepada Jabatan Kesihatan Labuan

SERAH…. Murphy (dua dari kiri) dan Yarina menyerahkan sumbangan PPE dan Kipas angin kepada  Lawrence (dua kanan).

LABUAN: Hevilift Sdn. Bhd sebuah syarikat yang mengendalikan operasi dalam aktiviti sokongan di pulau ini telah menyumbang pelbagai peralatan PPE  bagi keperluan petugas barisan hadapan Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan (JKNWPL).

Selain daripada peralatan perlindungan diri (PPE), syarikat  itu juga turut menyumbangkan lima unit kipas angin jenis industrial.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Kawasan Hevilift Sdn. Bhd, Murphy Joseph Clement kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan,  Laurence Liaw yang diadakan di pejabatnya, pada Rabu.

Hadir sama, Pengurus Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, Hevilift Sdn. Bhd.  Yarina Syamriani Yacob.

Murphy berkata sumbangan itu adalah  sebahagian daripada sumbangan waqalah zakat syarikat  bagi membantu petugas barisan hadapan khususnya kakitangan jabatan itu untuk memastikan tiada jangkitan berlaku semasa rawatan diberikan kepada pesakit.

Sementara itu, Laurence mengucapkan terima kasih kepada syarikat Hevilift atas keprihatinan syarikat itu untuk membantu Jabatan Kesihatan Labuan  yang masih lagi memerlukan peralatan PPE, walaupun penularan wabak COVID berkurangan selain  petugas kesihatan telah diberikan vaksin.

“Walaupun wabak COVID 19 telah dapat dikawal selain petugas kesihatan  telah mendapat suntikan vaksin, namun sumbangan peralatan PPE daripada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  masih lagi dialu-alukan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN