AJK PAPIM bergambar kenangan selepas mesyuarat pagi tadi
KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Reakrasi Anak-Anak Pimping di Kota Kinabalu ( Pantai Barat) ( PAPIM) akan diadakan di Pantai Kg Pimping pada 25 Disember tahun ini.
Pengerusi Pelaksana, Norhisam Narawi berkata beberapa AJK Kecil sudah pun dibentuk untuk melaksanakan program pertama PAPIM selepas mesyuarat agung persatuan itu dua bulan lalu.
” AJK Pusat PAPIM sudah bersetuju untuk mengadakan Hari Keluarga PAPIM pada tarikh dan tempat yang ditetapkan itu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama persediaan dan persiapan program itu di Restoran Sup Ikan Kudat di Kepayan.
Norhisham berkata semua pengerusi-pengerusi jawatankuasa kecil akan membentuk jawatankuasa masing- masing untuk melaporkan cadangan mereka yang akan diangkat ke mesyuarat akan datang, dua minggu dari sekarang.

NORHISHAM…Ketika mempengerusikan mesyuarat induk Hari Keluarga PAPIM 2024.
” Kita akan memperincikan acara-acara yang akan diadakan dalam program itu nanti,” katanya.
Beliau berterima kasih kepada Pengerusi PAPIM, Haji Ahmad Dipong dan barisan AJK yang memberikan kepercayaan untuk beliau mengendalikan Program PAPIM ini.
” Kita berharap program yang bertujuan mengukuhkan hubungan silatularim seluruh anak-anak Kg Pimping akan dapat berjalan lancar dan dilaksanakan dengan jayanya,” tambahnya.
Beliau berkata kira-kira 250 orang ahli PAPIM,anak-anak Pimping, Ketua-ketua kampung, pengerusi-pengerusi JKKK dan badan-badan Ngo akan dijemput untuk memeriahkan program ini.
Penaung PAPIM yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Adun Membakut, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Arif dijangka akan merasmikan program secara santai-santai ini.