31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

HARI KELIMA PENCARIAN WARGA EMAS HILANG DI MIRURU, TEMUI JALAN BUNTU.

SAR..sebahagian pasukan penyelamat terlibat mencari mangsa – foto Bomba

RANAU: Masuk hari kelima gerakan mencari dan menyelamat seorang warga emas yang dilaporkan hilang 16 Mac lalu, ketika keluar menoreh getah di Kg.Miruru,  masih menemui jalan buntu.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (KBBP) Ranau, Ridwan Mohd Taip, menerusi laporan terkini kira-kira jam 7.30  sebentar tadi, pasukan penyelamat hari ini meneruskan pencarian di kawasan sawah padi, kebun getah dan kawasan sungai dengan anggaran radius 8 kilometer.

Namun katanya, mangsa, Mikol Lapon, 68, masih gagal ditemui.

Gerakan mancari mangsa -foto Bomba

“Operasi mencari dan menyelamat  (SAR) telah ditangguhkan pada jam 5 petang tadi dan akan disambung esok,” katanya kepada Borneo Daily Bulletin.

Menurut Ridwan, operasi SAR hari kelima melibatkan tiga anggota bomba, tiga anggota polis, 13 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), tujuh anggota RELA dan penduduk kampung seramai 20 orang.

Dalam kejadian 16 Mac lalu, seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas keluar menoreh getah di Kampung Miruru.

Pada 21 Mac, keluarga mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau selepas usaha  mencari mangsa oleh penduduk kampung menemui jalan buntu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN