30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Hakisan Sungai Padas, Kampung Suasa ancam nyawa penduduk

Hj. Ruslan (kiri) sedang mendengar penerangan daripada Pg. Ismail Pg. Othman di sungai Padas, kampung Suasa Beaufort.

Beaufort, 4 Februari 2021: Masalah hakisan Sungai Padas di Kampung Suasa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan perlu diselesaikan segera kerana ia menjejaskan kehidupan seharian penduduk kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Hj. Ruslan Muharam berkata, hakisan sungai itu menyebabkan jalan terputus dan penduduk sukar untuk keluar dari kampung berkenaan dan jika mereka tidak berhati-hati ia kemungkinan boleh mengancam nyawa.

Sehubungan itu beliau meminta Jabatan Pengairan dan Saliran Beaufort bertindak segera bagi mengatasi masalah tersebut demi keselamatan dan keselesaan penduduk di minta untuk menyelesaikan masalah hakisan yang berlaku di kampung Suasa dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

“Tebing sungai Padas di Kampung Suasa telah terhakis dan ini membahayakan penduduk kampung yang melalui jalan ini memandangkan jalan kampung bersebelahan dengan sungai

“Akibat dari hakisan tebing ini, jalan yang menghubungkan antara kampung Suasa dengan kampung lain turut rosak,” kata Hj. Ruslan.

Beliau sebelum itu meninjau masalah yang berlaku itu bagi melihat sendiri kepayahan yang dialami oleh penduduk di kampung tersebut.

Dalam tinjauan itu Hj. Ruslan turut diiringi Jurutera Daerah Jabatan Perparitan dan Saliran Beaufort, Pg. Ismail Pg. Othman.

Rentetan daripada itu, beliau memohon agar peruntukan segera diberikan bagi tujuan pembinaan benteng mengelakkan hakisan berlaku.

Hj. Ruslan juga berkata bahawa tindakan segera membina benteng itu akan dapat mengelakkan kejadian hakisan tebing sungai berlaku pada musim hujan.

Kawasan DUN Lumadan baru-baru ini dilanda banjir hampir di semua kampung terputus perhubungan dan bekalan makanan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN