27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Haji Yazid Tokoh Maulidur Rasul Daerah Keningau

Haji Yazid bersama anugerah Tokoh Maulidur Rasul yang diterimanya.

KENINGAU: Bekas Guru Besar Cemerlang Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles dianugerahkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Daerah Keningau Tahun 2024

Pengumuman itu dibuat semasa Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Keningau bertempat di Dewan Masyarakat Daerah Keningau baru-baru ini

Sambutan itu yang dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah yang Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin yang sekali gus menyempurnakan penyampaian anugerah Tokoh Maulidur Rasul itu kepada Haji Yazid.

Yazid ketika ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor dan juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor telah banyak melaksanakan pelbagai program keagamaan serta aktiviti kebajikan di akar umbi.

Sepanjang khidmat beliau dalam Kementerian Pendidikan, banyak anugerah telah dianugerahkan kepadanya.

Antaranya Sijil Kecemerlangan Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Peringkat Negeri 1986, Sijil Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Persekutuan 1996, Sijil Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pendidikan Sabah 1996, Anugerah Guru Besar Cemerlang Daerah Keningau 2004, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia 2009, Tokoh Maulidur Rasul Sekolah Kebangsaan Pasir Putih Keningau 2009, dan Tokoh Guru Daerah Keningau 2013.

Beliau turut menerima Bintang Ahli Memangku Negara (AMN) 2017 daripada Yang DiPertuan Agong dan Ahli Darjah Kinabalu (ADK) pada 2017 daripada Yang DiPertua Negeri Sabah.

Yazid ketika ditemui menzahirkan rasa syukur atas anugerah yang diberikan dan menyifatkannya sebagai satu penghormatan bukan sahaja kepada dirinya tetapi kepada semua masyarakat.

Beliau berharap ia akan menjadi inspirasi kepada semua dalam memastikan keharmonian dan perpaduan rakyat terus dipertahankan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN