Robert diiringi oleh Jamira disambut oleh guru-guru SMK Gunsanad.
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menghargai jasa dan pengorbanan guru.
“Saya amat mengagumi dan menghargai semua guru yang tidak pernah jemu mendidik anak-anak bangsa demi negara” katanya semasa berucap merasmikan Sambutan Hari Guru dan Pesta Kaamatan Peringkat SMK Gunsanad 2022 di sekolah itu pada Isnin lepas.
Turut hadir Yang Dipertua SMK Gunsanad Azhar Tan Sri RM Jasni dan Guru-Guru Penolong Kanan.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, guru menduduki satu darjat yang paling dimuliakan sepanjang zaman.
Oleh itu katanya, majlis yang diadakan merupakan salah satu cara menyampaikan penghargaan kepada guru-guru atas jasa dan bakti yang dicurahkan selama ini.
Pada majlis itu Robert menyampaikan sumbangan kepada pihak sekolah yang diterima oleh Pengetua SMK Gunsanad Puan Jemira Ekong.