Kenangan….Arifin bersama Badan Pimpinan Bersatu Sabah bergambar kenangan dengan Bersatu Sipitang.
KOTA KINABALU: Biro Penerangan Bersatu Sabah perlu untuk menguasai media sosial bagi membantu menjelaskan tujuan dan dasar perjuangan Perikatan Nasional dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan lebih mudah dan diyakini oleh rakyat akar umbi.
Ketua Penerangan Bersstyu Sabah, Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan berkata adalah mustahil bagi kita untuk berhimpun, bermesyuarat dan berdiskusi seperti dahulu.
Jelasnya pada masa inki untuk melaksanakan program-program bersemuka disebabkan oleh pandemic Covid-19. Ini adalah cabaran yang perlu kita hadapi dan mencari solusi untuk mengatasinya.
“Justeru, media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Instagram, WeeChat mengambil alih peranan kempen mahupun penerangan kepada masyarakat di peringkat akar umbi dalam dunia norma baharu. Untuk memberi penerangan tentang isu-isu semasa mahupun menjawab dakyah-dakyah pembangkang.
“Oleh itu, saya mengharapkan Ketua-ketua Penerangan bahagian seluruh Sabah perlu mengambil peranan masing-masing dalam dunia media sosial.
“Bukan hanya untuk memberi penerangan tetapi mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional terus memerintah Negara Malaysia tetapi juga mempertahankan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor…..Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Sabah, jelas Firdaus.
Beliau berkata demikian semasa jelajah di Zon 3 bahagian Bersatu Sipitang dan Beaufort kelmarin. Jelajah diketuai Bendahari Bersatu Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Arif, Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Razali Bob Razi (Sepanggar), Pengarah Strateji dan Pilihanraya, Datuk Japlin Akim (Kota Belud), ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Malaysia, Abdul Hakim Gulam Hassan (Lahad Datu), Datuk Matbali Musah (Sipitang), Datuk Isnin Aslianih (Beaufort), Penolong Setiausaha Srikandi Bersatu Sabah, Dato Redonah Bahanda, Ketua Armada Bersatu Sabah, Fairuz Renddan serta ketua-ketua Srikandi dan Armada.
Dalam keadaan kita ini…., kita perlu menyampaikan maklumat kita dengan berkesan dan tujuan kita bukan sekadar menyampaikan sumbangan tetapi kita perlu juga dilihat sebagai sebuah parti yang dapat memberi khidmat kepada rakyat diakar umbi…ahli-ahli parti Bersatu.., tegas beliau.
“Biro Penerangan Bersatu Sabah perlu berganding bahu dengan Penerangan Srikandi dan Armada Bersatu Sabah. Ketua-ketua Penerangan bahagian haruslah berfungsi untuk menyampaikan maklumat mengenai dasar parti sekaligus meningkatkan sokongan rakyat terhadap parti dan pemerintahan semasa iaitu kerajaan GRS, ujar beliau.
Firdaus yang juga Ketua Bahagian Bersatu Batu Sapi menambah Ketua Penerangan perlu bersikap proaktif dalam media sosial kerana sejarah telah membuktikan bahawa kuasa media sosial amat berpengaruh dalam menentukan tahap sokongan rakyat.
Dalam sekelip mata sesebuah kerajaan boleh runtuh hanya disebabkan kegagalan kita dalam menangkis dakyah-dakyah pembangkang di media sosial. PRU-15 akan datang pastinya medan tempur yang paling sengit bagi kita. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab paling besar dalam memastikan kemenangan kepada parti Perikatan Nasional (PN ujar beliau.-Oleh: Liza Din