26 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Golongan wanita disaran sertai kursus kemahiran – Amisah Yassin

RANAU: Golongan wanita di daerah ini disaran menyertai kursus atau bengkel kemahiran yang bukan sahaja meningkatkan pengetahuan bahkan menjana pendapatan.

DATUK AMISAH (tengah)..merakam gambar bersama para peserta, tenaga pengajar dan AJK penganjur.

Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Ranau, Datuk Amisah Yassin berkata, antaranya ialah kemahiran dalam bidang kecantikan khususnya solekan.

Katanya, bidang solekan mempunyai potensi besar untuk berkembang dan jana pendapatan lumayan jika ada kemahiran disusuli kemahuan yang tinggi.

“Mempelajari teknik persolekan terkini adalah perlu memandangkan bidang solekan  mampu dikomersialkan selain mempunyai peluang yang besar jika ada kemahiran,”katanya.

-Datuk Amisah Yassin-

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis penutupan Kelas Solekan anjuran Srikandi PPBM Ranau di pejabat PPBM Bahagian itu  pada Ahad.

Kelas sehari itu telah disertai seramai 12 orang terdiri wanita muda dari daerah ini, yang dikendalikan seorang tenaga pengajar, Nadrah Mohd Jamian.

Sesi demo solekan asas oleh tenaga pengajar, Nadrah Mohd Jamian

Sementara itu, Pengerusi Penganjur, Izzyan Qitrinnada Mohd Jamian dalam ucapan aluannya berkata, antara lain objektif program ialah membentuk keyakinan diri individu disamping membina keterampilan diri yang lebih menarik.

Izzyan yang juga Ketua Biro Wanita Muda Srikandi PPBM Ranau, berharap agar program itu mampu menarik lebih ramai wanita menceburi bidang solekan dengan lebih mendalam sekaligus membantu menjana ekonomi.-TAMAT-

Salah seorang peserta menerima sijil penyertaan disampaikan Amsiah.
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN