30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Golongan Belia tolak sepenuhnya usaha pulangkan  Labuan Ke Sabah

Yusrie dan Nazera Roslan

LABUAN: Golongan Belia di pulau ini menolak sepenuhnya  usaha beberapa pemimpin dari Sabah yang mahu memulangkan Labuan ke Sabah, sambil menyifatkan tindakan itu  satu penghinaan kepada rakyat Labuan yang selama ini selesa di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan.

Antara yang lantang menyuarakan penolakan itu  ialah Ahli Parlimen Belia Wilayah Persekutuan Labuan, Yusrie Mohd Daud yang turut membidas kenyataan beberapa pemimpin  yang sebelum ini mempersoalkan kemajuan Labuan di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan.

Yusrie berkata,  Labuan sebuah pulau yang berpenghuni dan seharusnya penduduk Labuan  tidak diperlakukan seperti buah catur yang boleh dialih-alihkan mengikut kehendak pemain.

“Jika benar Labuan ingin dipulangkan semula ke Sabah, perkara tersebut  perlulah mendapat restu dari penduduk Labuan  itu sendiri dan bukannya berdasarkan kepentingan politik semata mata” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sambil menambah, Yusrie  mengingatkan pemimpin yang beria ia mahu memulangkan Labuan  ke Sabah perlu melihat keadaan Sabah dahulu dan perlu mengukur baju di badan sendiri dahulu.

“Jia ada yang mengatakan kadar pengangguran Labuan tinggi, pengangguran di Sabah juga antara yang tertinggi  di Malaysia, malah KDNK per kapita Labuan jauh lebih tinggi berbanding Sabah.

“Tidak dinafikan Labuan  masih ketinggalan berbanding Kuala Lumpur dan Putrajaya, namun tidak bermakna mengembalikan  Labuan ke Sabah satu jaminan untuk Labuan lebih berkembang, sebaliknya kerajaan Persekutuan yang perlu memberi perhatian lebih dalam membangunkan Labuan” katanya.

Selain itu katanya, perlu diingat pemimpin Labuan yang terdahulu hingga sekarang telah berusaha mengangkat isu Labuan serta beberapa bajet khas telah diberikan oleh  kerajaan Persekutuan dan bukannnya kerajaan negeri Sabah.

“Justeru itu beliau bersama rakyat Labuan menyeru mana mana pemimpin yang mempertikai kemajuan Labuan di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan supaya menghormati Labuan sebagai sebuah Wilayah Persekutuan seperti yang termaktub dalam perlambagaan Persekutuan Fasal 4 Perkara 1.

Sementara itu seorang lagi pemimpin muda iaitu Presiden Majlis Belia Labuan (MBL), Nazera Roslan turut menzahirkan rasa terkilan dengan dakwaan segelintir pemimpin luar yang menyifatkan Labuan masih ketinggalan di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan.

Nazera berkata, rakyat Labuan khususnya golongan belia cukup selesa berada di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan.

“ Labuan selepas ditadbir di bawah Kerajaan Persekutuan  statusnya dari sebuah daerah telah bertukar kepada sebuah negeri dan ini sekaligus telah memberi impak  positif daripada pelbagai sudut terutama sekali dari segi pemberian dana program program belia yang disalurkan berstatuskan negeri.

“ Secara keseluruhannya Labuan  menerima banyak keistimewaan dari segi peruntukan, juga pembangunan dan pentadbiran … bayangkan hari ini Labuan yang sudahpun berstatus Wilayah Persekutuan  mempunyai lebih 80 agensi kerajaan yang diketuai seorang Pengarah yang berkuasa penuhdan  telah memberi perkhidmatan secara terus kepada rakyat Labuan” katanya.

Dalam waktu yang sama Majlis Belia Labuan kini  lebih selesa malah rasa dihormati apabila stutus  Majlis Belia Labuan telahpun diangkat  bertaraf negeri dan ini bermakna jika Labuan dikembalikan kepada Sabah keistimewaan yang diperolehi sudah pasti akan ditarik semula, malah status MBL yang bertaraf negeri akan turut kepada  majlis yang bertaraf daerah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN