33 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Golongan Belia digesa rebut peluang yang disediakan kerajaan –Bashir

BASHIR (bediri tengah bersama para belia yang menyertai perkemahan tersebut

LABUAN: Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias mengesa golongan belia di pulau ini untuk mengambil pelbagai peluang yang disediakan kerajaan  sebagai usaha   meningkatkan ilmu pengetahuan masing-masing.

Beliau berkata, golongan belia perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan dengan minat atau potensi diri untuk menghadapi dunia yang semakin mencabar.

Para belia katanya, boleh merujuk kepada agensi-agensi  berkaitan seperti Jabatan Belia dan Sukan, Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan agensi  yang ada menyediakan sebarang kursus yang diminati agar boleh membantu para belia meningkatkan ilmu serta kemahiran yang ada.

“Potensi yang ada pada belia perlu dicungkil serta diasah bagi menjadi  bekalan para belia meneruskan kehidupan terutamanya seama pasca pendamik COVID 19 yang mana banyka sektor ekonomi yang menjejaskan peluang-peluang  pekerjaan mahupun perniagaan” katanya  ketika berucap  merasmikan  Program Perkemahan  Santai Belia Kitani yang diadakan di pantai Pohon Batu pada Ahad.

RaASIL ketika menyampaikan ceramah mengeni Undi 18 tahun

Menurut beliau lagi,  para belia juga perlu bijak memilih kerajaan pada pilihanraya umum yang akan datang bagi menjamin masa depan mereka yang lebih terjamin.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Rasil Hajatil turut menyampaikan ceramah mengenai Undi 18 Tahun, Konsep Keluarga Malaysia dan Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori.

Pada majlis itu para peserta juga diberikan tugas untuk menghuraikan semula maklumat maklumat yang diterima.

Program anjuran Jabatan Penerangan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Majlis Belia dan Sukan, Ahli Parlimen Belia dan Gabungan Belia Pohon Batu itu telah disertai lebih 50 peserta golongan belia yang mewakili persatuan persatuan belia di pulau ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Belia Labuan, Nazera Roslan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN