25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Gelora perubahan di DUN Kundasang: rakyat yakin pimpinan Japirin

Japirin (duduk tengah) bersama para penyokong di sini


KUNDASANG: Suasana politik di DUN N.36 Kundasang menunjukkan perkembangan baharu apabila semakin ramai pengundi di kawasan ini memberi perhatian dan keyakinan kepada calon PBRS-BN, Japirin Sahadi.


Beliau yang hadir dengan pendekatan lebih segar, inklusif dan dekat dengan masyarakat dilihat sebagai mampu membawa nafakah baharu kepada rakyat di kawasan ini.


Walaupun pertama kali bertanding, Japirin hadir dengan rekod pentadbiran yang kukuh hasil pengalaman beliau sebagai Setiausaha Politik di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah, Setiausaha Politik di Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MID) Sabah, serta Setiausaha Politik di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di peringkat Persekutuan.


Pengalaman merentasi tiga kementerian ini memberikan beliau kelebihan dalam memahami isu pembangunan, ekonomi rakyat, serta cabaran semasa di Sabah.


Di lapangan, sokongan terhadapnya semakin meningkat hasil pendekatan beliau yang aktif turun padang, mengikuti program komuniti dan mengadakan sesi libat urus bersama penduduk kampung.


Ramai penduduk menghargai kesediaan beliau untuk mendengar dan memahami keperluan setempat dengan lebih teliti.


Sebahagian besar masyarakat menyuarakan harapan agar isu-isu berlarutan seperti keadaan jalan kampung, peluang ekonomi belia, pembangunan pertanian dan penyelarasan industri pelancongan dapat diberi fokus utama.


Kehadiran Japirin dilihat membuka ruang baharu untuk penyelesaian yang lebih teratur dan realistik.
Jentera PBRS-BN di bawah koordinasi beliau juga bergerak lebih kemas, melibatkan belia, komuniti tempatan, penggiat pelancongan dan kumpulan petani, sekali gus mewujudkan rangkaian kerjasama lebih luas berbanding pilihan raya lalu.


Pengundi muda khasnya melihat beliau sebagai pemimpin yang berwibawa, berfikiran moden dan lebih relevan dengan keperluan generasi hari ini.


Sementara itu, penyandang kerusi meneruskan kempen seperti biasa, namun suasana pilihan raya kali ini dilihat jauh lebih kompetitif dengan rakyat lebih terbuka menilai calon berdasarkan rekod kerja dan keupayaan menawarkan pembaharuan.


Pemerhati politik tempatan menyifatkan perubahan mood ini sebagai perkembangan positif yang menandakan kematangan pengundi.
Jika momentum sokongan semasa kekal stabil, peluang Japirin untuk muncul sebagai pilihan utama pengundi Kundasang semakin cerah.


Dengan semangat baharu yang dibawanya, ramai percaya bahawa Japirin Sahadi berpotensi membuka lembaran kepimpinan yang lebih progresif dan responsif, sekali gus memberi harapan baharu kepada masa depan Kundasang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN