31 C
Kota Kinabalu
Selasa, September 26, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Gelagat individu penerima vaksin di PPV Dewan Masyarakat Ranau, menarik perhatian

Steve dari Kg.Kigiok dan Sylvia dari  Kg.Nampasan Baru, antara yang menceriakan suasana PPV dewan Masyarakat Ranau, mengenakan pakaian Spiderman dan pakaian tradisi

RANAU: Gelagat beberapa orang peserta imunisasi vaksin Covid-19 mengenakan pakaian  ‘ lain dari yang lain’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau pagi tadi menarik perhatian orang ramai.

Tinjauan ke PPV itu, mendapati ada peserta memakai pakain ala Tradisional suku kaum Dusun dan ada yang memakai pakaian ala Spiderman dan Superman menceriakan suasana ratusan penerima suntikan vaksin dos 1 dan dos 2 jenis Pfizer dan yang lainnya Sinovac walau beratur dalam  lajur panjang untuk menunggu giliran.

Pagi tadi (23 Ogos) seramai 703 penerima vaksin telah hadir ke PPV Dewan  Masyarakat untuk menerima suntikan  mereka.

Ramai yang ditemui mengharapkan orang ramai khususnya di  Ranau dan Kundasang agar  punyai kesedaran terhadap kepentingan menerima suntikan vaksin bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 yang kini belum berakhir.

“Semua orang harus punyai tanggungjawab menjaga diri sendiri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan Covid-19”, jelas Ugak Gisiu dari Kg.Tungou Ranau, penerima suntikan dos pertama.

Setekat ini  lebih
50,000 warga Ranau dan Kundasang telah menerima suntikan vaksin sejak  Mac tahun ini.

“Lindung Diri, Lindung semua’,” tambah Ugak mengakhiri perbualan dengan penulis.

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN