33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 12, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Gangguan bekalan air disebabkan kerosakan Pam LRA Bunsit.

Robert (tengah)semasa mempengerusikan mesyuarat itu.

KENINGAU:Gangguan bekalan air di daerah ini disebabkan kerosakan Pam Air Terawat di Loji Rawatan Air (LRA)Bunsit.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, kekangan juga berlaku disebabkan oleh rangkaian paip yang jauh dan berbukit, penggunaan pam air selepas meter dan gangguan kekeruhan air sungai yang kerap berlaku.

Walau bagaimanapun katanya, penyelesaian jangka pendek juga sudah telah diambil seperti penghantaran air, pembaikan pam, meningkatkan kapasiti pengeluaran air secara maksimum, catuan, kawalan agihan, pembukaan kawasan agihan rangkaian paip serta pemeriksaan dan pembaikan paip bocor dalam masa kurang daripada dua jam. 

“Manakala penyelesaian jangka panjang ialah pembaikan pam dan pembelian pam baharu” jelasnya.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Krisis Bekalan Air Keningau bersama dengan ADUN Liawan Datuk Annuar Ayub Aman baru-baru ini.

“ Kami akan usahakan semampu yang boleh dan mohon maaf atas kesulitan ini” ujar.

Gangguan bekalan air terawat di Daerah ini membabitkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid dan Sook diikuti oleh kawasan DUN Liawan dan seterusnya DUN Bingkor.

Dilapor kawasan yang terjejas teruk adalah di kawasan DUN Tulid dan DUN Sook diikuti oleh kawasan DUN Liawan dan seterusnya DUN Bingkor.

Mesyuarat itu turut dihadiri Jurutera JKR Keningau, Jurutera Jabatan Air Keningau dan Ketua Ketua Jabatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN