28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Gadis Dipukul Ibu Dengan Batang Besi Sebab Terlalu Lama Membujang

Gambar hiasan

SEORANG gadis telah dipukul ibunya dengan batang besi dipercayai kerana telalu lama membujang.

Kejadian yang berlaku di Changzhou, China ini telah menyebabkan mangsa, Lin, 30, mengalami pendarahan dan lebam di beberapa bahagian badannya dan terpaksa memanggil polis.

Suspek yang juga ibu mangsa dikenali sebagai Wang, bagaimanapun enggan memberi kerjasama dengan pihak polis sambil menyifatkan tindakannya itu tidak salah kerana hanya memukul anaknya sendiri.

Lin mendakwa dia sering dipukul ibunya yang tidak berpuas hati kerana dia masih bujang menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan membantu ibunya menguruskan restoran sepenuh masa.

Dalam kejadian lain, suspek juga dilaporkan menyerang mangsa selepas mangsa melawan cakap ibunya kerana tidak mahu mengemas rumah.
Sumber: South China Morning Post

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN