ADVERTISEMENTspot_img

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bahagian Sugut bertambah kukuh

HIDUP GRS…Datuk James bersama pemimpin Warisan dan Bersatu Kogos (Warisan), Guritom(Warisan), Karis (Bersatu) Haji Mat Salleh (Warisan)


BELURAN: Kedudukan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di sini bertambah kukuh lagi dengan kemasukan beberapa pemimpin parti pembangkang ke dalam GRS di sini pada hari Sabtu.

Kemasukan beberapa orang pemimpin itu diterima oleh Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk James Bin Ratib dalam satu majlis di Kg.Abuan.

Mantan pemimpin parti lawan yang bergabung dalam GRS itu terdiri daripada bekas mantan Timbalan Ketua Bahagian Warisan P.183 Beluran, Tuan Kogos Samain, mantan AJK Bahagian Warisan P.183, Tuan Guritom Nanau dan mantan Ketua Daerah (Warisan), Tuan Haji Mat Salleh.

Seorang lagi pemimpin kanan di bawah komponen Perikatan Nasional (PN) iaitu Timbalan Ketua Bahagian Bersatu P.183 Beluran, Tuan Karis Nanau, turut dilihat di atas pentas bersama Ketua GRS Bahagian Sugut, Datuk James Ratib dan pemimpin lain.

Dalam ucapannya, James yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat dan ADUN Sugut mengalu-alukan kehadiran para mantan pemimpin Bersatu dan Warisan itu ke dalam GRS.

Menurutnya, tindakan yang dibuat keempat idividu berkenaan adalah satu keputusan yang tepat pada masanya dan menyeru supaya para penyokong yang lain juga turut serta.

Dalam pada itu, Karis dalam ucapan ringkasnya menyeru semua pemimpin di kawasan Sugut agar bersatu menyokong kepimpinan Datuk James Ratib selaku menteri dan Adun Sugut demi meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang.

Beliau turut menggesa pemimpin dari semua parti politik di Sugut agar menyokong usaha Datuk James demi kepentingan rakyat.

“Kita sendiri sudah melihat begitu banyak jasa dan sumbangan YB Datuk James dalam membangunkan kawasan-kawasan kita termasuk Kg. Lingkabau Selatan dan Kg. Lingkabau Utara. Kita berharap agar pembangunan di kedua-dua kampung ini diteruskan.

“Berkaitan pembangunan, kita juga ingin menyatakan sokongan penuh terhadap matlamat Datuk untuk menjadikan Kg. Abuan sebagai daerah kecil. Dan kita turut menyokong usaha Datuk untuk mengambil alih Jalan Dompiron–Mangkasulap daripada syarikat Timberwell.

“Kita sebulat suara menyerahkan pengurusan jalan kepada JKR agar kerja baik pulih dan penyelenggaraan dapat dijalankan demi kesejahteraan penduduk,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN