26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

FYODDRIE FEDDRIN JOHAN PERTANDINGAN CATUR TERTUTUP RANAU

Adik Fyoddrie Feddrin berumur 18 tahun muncul juara pertandingan catur tertutup ranau

RANAU, 23 Mei – Seramai lebih 40 orang peserta telah menyertai Pertandingan Catur Tertutup Ranau yang dianjurkan oleh Kelab Catur Ranau dengan kerjasama Gabungan Belia Daerah Ranau dan Kelab Belia Lestari Kg Kilimu yang bertempat di bilik mesyuarat Kg Kilimu pada malam hari kelmarin.

Peserta muda berumur 18 Tahun, Sdr Fyoddrie Fedderin telah mendapat tempat pertama (Johan) dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 200 beserta sijil.

Tempat kedua dimenangi oleh Reymondo Calleja dan tempat ketiga disandang oleh Sdr Alif Amjad K. Masing-masing membawa hadiah wang tunai RM150 dan RM 100.

Peserta bergambar bersama sijil

Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi Kelab Catur Ranau, Zulhimat Taip diiringi Syukri Saridih, Pengerusi Gabungan Belia Ranau.

Zulhimat dalam ucapannya mengingatkan para peserta agar mempersiapkan diri untuk Kejohanan Catur Terbuka Ranau yang akan dianjurkan 2 minggu akan datang.

“Program ini dianjurkan sebagai pencetus semangat para peminat catur di Ranau sebelum menyertai kejohanan yang lebih besar iaitu Kejohanan Catur Terbuka Ranau yang akan di adakan pada bulan Jun nanti”

“Pada kejohanan terbuka nanti, sudah pasti ramai peserta dari luar Daerah Ranau yang akan turut hadir dan kita tidak mahu para peserta dari Ranau berhadapan dengan peserta luar dalam keadaan kekurangan latihan, sebab itulah kita adakan program tertutup Ranau ini sebagai pembakar semangat agar semua lebih bersedia sementara menanti bulan Jun nanti” katanya.

Untuk rekod, Kejohanan Catur Terbuka Ranau Piala YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun akan diadakan pada 4-5 Jun di Dewan Utama Kg Kilimu Ranau. Oleh : Irzackih MJ

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN