24 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

FSM. CCB meterai MoU promosi pendigitalan ekonomi global

TANDATANGANI….. Bob Chen Ying Jie bersama Karan Chan ketika menandatangani MoU itu di Guanzhou China.

LABUAN: Sebuah firma teknologi kewangan yang berpangkalan di Hongkong Finda System Management Co Ltd (FSM) menandatangani  Memorandum Persefahaman (MoU) dengan China Contruction  Corporation Bank (CCB)  cawangan Labuan bagi mempromosikan pendigitalan ekonomi global.

Majlis menandatangani MoU secara maya itu   telah  diadakan di Guanzhou (China)  oleh Ketua Pegawai Eksekutif FSM, Bob Chen Yingjie dan disaksikan oleh Pengerusi, Karen Chan Ka Yan bagi pihak FSM.

Manakala pihak BBC Cawangan Labuan di tandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Felix Feng Qi dan disaksikan oleh Dato’ Sri Tiong King Sing di Kuala Lumpur.

MoU…..Felix Feng Qi  menandatangani  perjanjian persefahaman itu   sambil diperhatikan oleh  Dato’ Sri Tiong King Sing (berdiri tengah)

Ketua Pegawai Eksekutif  FSM, Bob Chen Ying Jie berkata, perjanjian persefahaman itu bertujuan mempromosikan perkhidmatan pengesahan digital melalui teknologi inovatif yang membolehkan  pemain industri kewangan, perindustrian, perdagangan  dan perkhidmatan kebajikan dan sosial  dapat membangunkan  elosistem ekonomi digital yang  lebih mampan.

“Melalui MoU itu juga  kami  berupaya menyediakan perkhidmatan pengesahan digital secara individu, barangan dan sijil dengan memenuhi keperluan industri sepenuhnya”, katanya dalam satu kenyataan media di sini, kelmarin.

“Sistem pengesahan digital yang kukuh penting untuk pertumbuhan ekonomi digital yang mampan dan kami gembira dapat menawarkan pengalaman baharu ‘perkhidmatan peningkatan nilai sehenti’ meliputi penyelesaian blockchain rentas sempadan, pembayaran digital dan CCB Match-Plus kepada pelanggan kami,” katanya.

BBC Cawangan Labuan merupakan  bank digital pertama di pulau bebas cukai ini yang  dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan urusniaga matawang China Renminbi di Pusat Perniagaan dan  Antarabangsa Labuan (IBFC).

Manakala Finda System Management  adalah syarikat FinTech yang ditubuhkan di Hong Kong dengan operasi di Hong Kong, Singapura, Macau, Beijing dan Guangzhou. –Borneo Daily Bulletin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN