ADVERTISEMENTspot_img

FITNAH POLITIK: PBSTAR-GRS N.39 TAMBUNAN TEGAS PERTAHANKAN DR. JEFFREY

TAMBUNAN: Persatuan BEST (PBSTAR-GRS) N.39 Tambunan tampil mempertahankan Presiden Parti STAR Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan, susulan dakwaan liar berkaitan penerimaan wang berjumlah RM1.78 juta yang dikaitkan dengan isu lesen perlombongan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Ketua Bahagian STAR Sabah N.39 Tambunan, Jinus bin Taguah, tuduhan itu disifatkan sebagai fitnah terancang, bermotif politik dan berniat jahat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.


“Ini bukan satu kebetulan. Tuduhan ini jelas bermotif politik untuk mencemarkan kredibiliti dan integriti Dr. Jeffrey yang selama ini berjuang demi hak rakyat Sabah,” tegas beliau.

Menurut kenyataan itu, Dr. Jefrrey yang Timbalan Ketua Menteri Sabah, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau menerima wang berjumlah RM1.78 juta berkaitan dengan lesen perlombongan, sambil menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah jahat yang bermotif politik menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Dr.Jeffrey menjelaskan, tuduhan itu merupakan cubaan terancang untuk menjatuhkan reputasi pemimpin yang lantang memperjuangkan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Saya tidak pernah menerima sebarang dana seperti yang didakwa, tidak pernah memohon lesen perlombongan

“Saya juga telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)”, kata Dr.Jeffery, baru-baru ini.

Dr.Jeffery berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap portal berita yang menyebarkan fitnah tersebut sebagai bukti ketelusan dan keberanian beliau dalam mempertahankan integriti.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak gentar dengan tekanan politik luar dan akan terus berdiri teguh bersama rakyat Sabah demi memperjuangkan kepentingan negeri ini.

Susulan itu, Dr. Jeffrey akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita yang didakwa menyebarkan fitnah berkenaan, sekali gus menunjukkan komitmen beliau terhadap ketelusan dan kebenaran.

Sementara itu, PBSTAR turut menegaskan bahawa Dr. Jeffrey selama ini konsisten memperjuangkan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan dikenali sebagai pemimpin yang tidak mudah tunduk kepada tekanan politik luar.

“Tuduhan seperti ini bukan kali pertama berlaku kepada pemimpin Sabah yang lantang bersuara. Namun, sejarah membuktikan bahawa pemimpin berprinsip akan tetap teguh berdiri,” kata Jinus.

Dalam masa yang sama, PBSTAR-GRS N.39 Tambunan turut mengingatkan agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan tajuk berita sensasi, sambil menyeru semua pihak menghormati prinsip undang-undang bahawa seseorang dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

“Sabah bukan tanah mainan politik. Kami tidak akan berundur walau selangkah dalam mempertahankan pemimpin yang bersih, berani dan berprinsip

“PBSTAR-GRS N.39 Tambunan mengulangi komitmen untuk terus setia di belakang Dr. Jeffrey dalam menghadapi cabaran politik semasa,” kata kenyataan itu lagi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN