26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Financial Park Labuan serah sumbangan RM5,000

SIMBOLIK…. Nazrul (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan bernilai RM5,000 kepada Ustaz Abd. Fattah sambil diperhatikan oleh kedua-dua pegawai Financial Pak Labuan dan Kompleks Darul Kifayah.



LABUAN: Pihak Pengurusan Financial Park Labuan menyerahkan sumbangan  sebanyak RM5,000 kepada Kompleks Darul Kifayah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan yang diadakan di kompleks itu pada Jumaat.


Sumbangan yang bertujuan untuk membantu pelajar yang terdiri daripada  anak-anak yatim dan anak-anak golongan anaf itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Financial Park Labuan, Nazrul Hisham Mohd Noh kepada  Pengetua Kompleks Darul Kifayah Ustaz  Abd Fattah Abdul Hafiz.


Sementara tu, Nazrul ketika ditemui berkata, sumbangan tersebut merupakan tahun ketiga yang mana  sebelum ini pihaknya menganjurkan  Majlis Berbuka Puasa untuk meraikan anak-anak tersebut.


“Namun pada tahun ini, program meraikan anak-anak yatim Darul Kifayah  pada Majlis Berbuka Puasa tidak dapat dilaksanakan berikutan negara menghadapi krisis Pandemik Covid 19 dan program itu kita gantikan dengan sumbangan dalam bentuk kewangan.” katanya.


Pada masa yang sama sumbangan ini juga katanya, dapat meringankan beban dan memberi semangat kepada  pelajar untuk lebih berusaha dalam mencapai kejayaan” katanya. /


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN