27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Disember 5, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Financial Park anjur Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim Darul Kifayah

TETAMU jemputan bersama anak-anak yatim Darul Kifayah yang dirakan sempena Majlis Berbuka Puasa bersama Financial Park.

LABUAN: Syarikat Financial Park Sdn. Bhd. Wilayah Persekutuan Labuan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Duit Raya bersama  anak yatim dari Pusat Darul Kifayah  Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang diadakan di Tingkat Dua Dewan Konvensyen Financial Park di sini, pada Khamis.

Pada majlis itu seramai 40 anak yatim Darul Kifayah yang diraikan turut menerima duit raya masing  masing telah disampaikan oleh Exco Financial Park Sdn. Bhd, Norlela Omar dan Pengarah Urusan Financial Park Sdn. Bhd, Nazrul Hisyam Mohd Noh.

Turut diadakan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Salihin Haji Amden dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau juga turut mengimamkan sembahyang Maghrib berjemaah sebaik sahaja selesai majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan tetamu jemputan yang lain.

Sementara itu Nazrul ketika berucap pada majlis itu mengingatkan anak-anak yatim yang diraikan supaya membesar sebagai golongan  yang berjaya dan dapat meneruskan  tradisi tolong menolong antara satu sama lain.

Hadir sama, Pengetua Kompleks Darul Kifayah MAIWP, Ustaz  Abdul Fattah Abdul Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif Financial Park Sdn. Bhd, Johari Mesar  dan Ketua Pamasaran dan Khidmat Pelanggan Financial Park Sdn. Bhd, Azmi Musa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN