CENDERAHATI… Farid menerima cenderahati daripada Pactrick sambil diperhatikan oleh Idjal (kiri sekali), Firdaus ( dua kanan) dan Haslina (kanan sekali)
LABUAN: Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad menerima ucapan penghargaan dan terima kasih daripada syarikat Megah Port Mangement Sdn. Bhd (MPM Sdn. Bhd) pada Majlis Penghargaan dan Perpisahan Ketua Polis Labuan yang diadakan di Pejabat Pengurusan dan Pentadbiran syarikat itu di sini, pada Isnin.
Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi MPM Sdn. Bhd., Datuk Seri Patrick Teong, Ketua Pegawai Eksekutif MPM Sdn. Bhd, Idjal Tahir, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, DSP Mohd Firdaus Ramli, Ketua Cawangan IPD Labuan, DSP Sony Ewoi Anak Joeng dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, ASP Haslina Hassan.
Terdahulu, Idjal dalam ucapannya berkata pihak MPM Sdn. Bhd menzahirkan rasa penghargaan dan berterima kasih kepada Superitendan Muhamad Farid atas sumbangan bakti dan pengorbanan beliau ketika menggalas tugas sebagai Ketua Polis Labuan yang begitu cemerlang.

KENANGAN…. Patrick (tiga kiri) bergambar kenangan bersama Farid (tiga kanan) sempena Majlis Penghargaan dan Perpisahan Farid di bangunan pejabat MPM Sdn. Bhd.
“ Kami bersyukur sejak beliau menggalas tugas sebagai Ketua Polis telah berjaya memainkan peranan dalam menjaga keamanan dan keselamatan serta menyelesaikan isu-isu jenayah dengan begitu cemerlang” katanya.
Sementara itu, Farid dalam ucapan balasnya turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada MPM Sdn. Bhd, yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan keselamatan khususnya di kawasan pelabuhan dan dermaga sentiasa berada dalam keadaan selamat daripada sebarang kegiatan jenayah.
Superitendan Muhamad Farid Ahmad yang telah bertugas sebagai Ketua Polis Labuan selama 2 tahun 7 bulan sejak 2018 akan bertukar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada hujung bulan ini.