25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 3, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Fadhlina–James Ratib Perkukuh Agenda Pendidikan Sabah


PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, baru-baru ini menerima kunjungan Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, James Ratib, bersama Pembantu Menteri, Jordan Jude Ellron, bagi membincangkan hala tuju dan keutamaan pendidikan di negeri itu.

Dalam kenyataannya, Fadhlina merakamkan ucapan tahniah kepada James dan Jordan atas pelantikan mereka memegang portfolio penting berkaitan pendidikan, sambil menyatakan komitmen untuk memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.

Beliau berkata, hubungan kerja yang baik dengan James menjadi asas kepada perbincangan menyeluruh mengenai masa depan pendidikan Sabah, termasuk isu-isu legasi yang memerlukan kepimpinan tegas bagi memastikan penyelesaian berkesan serta pelaksanaan dasar yang menyeluruh hingga ke peringkat akar umbi.

“Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 akan memastikan Sabah tidak terpinggir daripada agenda utama pendidikan negara,” katanya.

Fadhlina turut memaklumkan bahawa susulan kunjungan tersebut, beliau dijadualkan berkunjung ke Sabah bagi menghadiri mesyuarat penyelarasan tindakan segera, selain menyusun agenda pendidikan khusus untuk negeri berkenaan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh delegasi Sabah atas kunjungan itu dan menegaskan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan untuk memastikan akses serta kualiti pendidikan yang adil dan inklusif di seluruh negara.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN