28 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Enam buah sekolah di Keningau terima pelutup muka sumbangan Puteri Umno

SUMBANGAN….Siti Noor Zati (dua dari kiri)menyampaikan sumbangan facemask kepada Pengetua SMK Gunsanad Cikgu Jemira Ekong.

KENINGAU:Enam buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)di kawasan Parlimen Keningau masing-masing menerima sumbangan pelitup muka (facemask)daripada Pergerakan Puteri Umno Keningau.

Sekolah yang terlibat adalah SMK Gunsanad Keningau, SMK Keningau II, SMK Bingkor Keningau, SMK Agama Keningau, SMK Desa Wawasan Tambunan dan SMK Nambayan Tambunan. 

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pergerakan Puteri Umno Keningau Siti Noor Zati  Kamelah Sairin kepada Pengetua dan Penolong Kanan Sekokah yang terlibat.

Siti Noor Zati menyampaikan sumbangan facemask kepada Pengetua SMK Bingkor Cikgu Alexius Tingadon.

Menurut Siti Noor Zati Kamelah, sumbangan facemask itu adalah untuk kegunaan calon-calon peperiksaan SPM tahun 2020 di sekolah-sekolah berkenaan yang akan menduduki peperiksaan pada 22 Febuari ini. 

Katanya, sekolah-sekolah yang mendapat sumbangan itu adalah dipilih secara rawak.

Program itu berjalan pada 16 hingga 17 Febuari merangkumi daerah Keningau dan Tambunan. 

Siti Noor Zati Kamelah berharap sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan beban pelajar semasa menduduki peperiksaan SPM dalam norma baru ini. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN