30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 23, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

EMPAT PULUH HARI PEMERGIAN ADELA, KELUARGA UKAU–LAMIGOI ANJUR KEBAKTIAN KESYUKURAN

KEBAKTIAN…Sebahagian keluarga mendiang Dela Del Adela Marie Paul yqng hadir


KENINGAU: Genap 40 hari pemergian mendiang Dela Del Adela Marie Paul, keluarga Ukau–Lamigoi menganjurkan kebaktian penutupan Sabat sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan doa yang diterima sejak 13 Januari lalu.


Majlis yang diadakan di Teratak Balai Kasih Adela, Kampung Sandapak, Bingkor itu dihadiri Pendeta Gereja Seventh-day Adventist (SDA) daerah Keningau, Syerbon Bukah bersama isterinya Puan Malina Ajun, anggota gereja SDA Pekan Keningau dan Toboh Baru, rakan sekerja mendiang dari Sandakan, serta ahli keluarga dan sahabat handai.


Kebaktian berlangsung dalam suasana sederhana dan penuh penghormatan dengan nyanyian rohani, renungan kerohanian serta tayangan slaid kenangan mendiang sepanjang hayatnya.


Wakil keluarga dalam kenyataan ringkas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan pelbagai pihak yang menghulurkan doa, mesej penghiburan, jambangan bunga dan sumbangan sepanjang tempoh berkabung.


“Kami amat terharu dengan sokongan yang diberikan. Setiap doa dan kehadiran menjadi sumber kekuatan buat kami untuk meneruskan kehidupan,” katanya.


Menurut keluarga, mendiang dikenang sebagai seorang yang berperibadi lembut, murah dengan senyuman dan sentiasa menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang.


Majlis tersebut bukan sahaja memperingati pemergian insan tersayang, malah menjadi medan memperkukuh silaturahim serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN