28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

EMPAT KAMPUNG SERENTAK ALAMI KESAN BANJIR


Limpahan air..pemandangan  dari Kedai Runcit Migawati


RANAU: Empat buah kampung iaitu Nalapak, Kinaratuan, Lohan dan Kebuh Baru serentak mengalami kesan banjir akibat hujan lebat yang berterusan semalam.


Kawasan yang terkesan di Kampung Nalapak ialah kawasan Kedai 99, gerai buah-buahan, Kedai Runcit Migawati, padang sekolah dan bangunan RAMT sekolah. Punca banjir disebabkan berlaku sumbatan pada culvert yang menyebabkan aliran air pada anak sungai tersekat dan melimpah. Hujan lebat yang tidak henti-henti juga menyebabkan kawasan jalan raya dilimpahi air dan berbahaya kepada orang awam dan kenderaan.


Menurut Pengerusi JPKK Kampung Nalapak, Jaidah Dusip, kejadian berlaku pada waktu petang hingga ke malam. Culvert di jalanraya utama tidak dapat menampung air anak sungai yang terus mengalir deras. Tambahan katanya, saiz culvert di bawah jalan utama juga agak kecil menyebabkan air yang mengalir sukar menghanyutkan beban yang dibawa ke Sungai Moroli katanya.


Beliau berterimakasih kerana pihak Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) yang telah dihubunginya semalam sudah mengarahkan pekerja lintasan untuk datang membantu mengeluarkan sumbatan di dalam culvert tersebut.

Pemilik gerai buah-buahan Nalapak melakukan pembersihan


Di Kampung Kinaratuan pula, Pengerusi JPKK Edward Minsuan menjelaskan jambatan utama yang menghubungkan kedua-dua kampung iaitu Kinaratuan dan Lohan juga tidak lagi selamat digunakan oleh kenderaan dan orang awam. Ini kerana sebahagian tebing jambatan tersebut telah runtuh disebabkan oleh banjir yang berlarutan.


Jambatan tersebut sebelum ini katanya merupakan jalan pintas kenderaan terutama guru-guru dari Kampung Lohan yang bertugas di sekolah-sekolah jalan Sandakan dan sebaliknya katanya. Beliau berharap pihak berkenaan yang telahpun dihubunginya akan mengambil tindakan segera membaiki jambatan tersebut memandangkan ia sangat penting untuk laluan orang awam dan kenderaan katanya.

Jalan utama pertanian penduduk Kebuh Baru yang mengalami kerosakan


Turut terkesan akibat hujan yang berlarutan ialah di Kampung Kebuh Baru. Kawasan yang terkesan ialah di jalan pertanian utama yang terletak di kilometer 2 dari perkampungan.


Menurut Pengerusi JPKK kampung bekenaan Nurjana Abas, hujan yang berlarutan semalam merosakkan culvert yang sedia ada. Jalan ini yang menjadi laluan utama pengangkutan sawit, getah dan buah-buahan tidak lagi selamat digunakan dan tidak ada jalan alternatif lain katanya. Beliau juga telah memaklumkan pekara itu ke PKOB dan diharapkan ada tindakan susulan daripada pihak berkenaan katanya.
 

 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN