27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Elak Kompaun: Peniaga  di Labuan diseru baharui lesen pernaigaan sebelum 31 Disember 2022

GAMBAR:MESRA… Rithuan ketika melakukan tinjuan mesra di salah sebuah resturan makanan di pusat bandar Labuan, pada Selasa

LABUAN: Dianggarkan lebih  7,000 peniaga di Labuan di seru untuk membaharui lesen perniagaan sebelum 31 Disember 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, menasihatkan para peniaga untuk membaharui lesen perniagaan mereka  sebelum 31 Disember tahun ini, bagi mengelakkan mereka dikenakan kompaun sebanyak RM100.

Ini kerana katanya, Perbadanan Labuan selaku pihak berkuasa tempatan tidak akan melanjutkan tempoh  pembaharuan  lesen perniagaan sebaik sahaja tamat tempoh, seperti yang dilaksanakan tahun tahun sebelumnya.

“Sehingga hari ini dianggarkan hanya  47 peratus daripada  lebih 12,000 peniaga di pulau ini yang telah membaharui lesen pernigaan mereka.

‘Bahagian Perlesenan Perbadanan Labuan telahpun membuat peringatan mesra dan membuka kaunter pembaharuan sejak 17 Oktober lagi bagi memudahkan kepada peniaga untuk membaharui lesen perniagaan lebih awal dan tidak menunggu sehingga saat saat akhir” katanya kepada media selepas melakukan tinjuan mesra (walkabout) ke premis pernigaan di sekitar bandar Labuan, pada Selasa.

Hadir sama, Pengarah Jabatan  Perlesenan Perbadanan Labuan Helmi Bali.

Katanya, setiap peniaga yang ingin membaharui lesen perniagaan  hanya perlu membawa sijil lesen perniagaan lama yang boleh di proses dalam tempoh yang singkat, sekiranya tidak berlaku sebarang perubahan  tempat dan jenis perniagaan mereka.

Rithuan berkata, peringatan mesra ini bukan sahaja melalui tinjuan mesra (walkabout) tetapi juga telah di war warkan dalam media sosial dan journal perniagaan dan sebagainya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN