26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, November 7, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

DUN SABAH DIBUBARKAN UNTUK BERI LALUAN PRN KE-17

PENGUMUMAN… Hajiji ketika bercakap dalam sidang media ketika mengumumkan pembubaran DUN Sabah hari ini (6-10-2025) di Dewan Bangkuasi Menara Kinabalu.


KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan petang ini untuk memberikan laluan Pilihan Raya Negeri yang ke-17 diadakan yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri yang akan bersidang dalam masa terdekat.
 
Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkata beliau telah menasihatkan  Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Haji Musa Haji Aman untuk membubarkan dewan undangan negeri dan  telah memperkenankan pembubaran itu semasa beliau membuat kunjungan hormat di Istana Seri Kinabalu pagi tadi.
 
Bercakap pada sidang media selepas  perjumpaan dengan wakil-wakil rakyat kerajaan dan presiden-presiden parti Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan Sabah di Dewan Bingkuasi Aras 3, Manara Kinabalu  di sini, Hajiji berkata dengan pembubaran ini kita serahkan kepada rakyat menentukan parti mana yang akan diberi mandat oleh rakyat untuk membentuk kerajaan berdasarkan amalan demokerasi di negara ini.
 
Hajiji berkata Kerajaan GRS dalam tempoh lima tahun telah bekerja keras dan gigih serta  melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negeri ini melalui pelan Sabah Maju Jaya yang holistik dan inkulisif  memberikan tumpuan kepada tiga bidang utama iaitu pertanian,industri  dan pelancongan, model insan dan kesejahteraan rakyat dan jaringan infrastruktur dan Kelastarian Hijau   sejak September 2020.
 
Beliau berkata meskipun mewarisi pelbagai masalah tentang bekalan air dan eletrik tetapi kerajaan GRS dengan penuh komitmen telah melakukan yang terbaik untuk mengatasi masalah-masalah itu dan memerlukan mandat baharu untuk meneruskan usaha-usaha yang telah dijalankan itu.
 
Hajiji berkata dalam tempoh lima tahun pemerintahan GRS, perkembangan ekonomi negeri juga kian bertambah baik dan ini adalah atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh perkhidmatan awam dan rakyat di negeri ini.
 
“Usaha ini akan kita teruskan untuk menjadikan Sabah yang lebih maju,kukuh dan stabil demi kemajuan dan keharmonian negeri ini,”katanya.
 
Dengan pembubaran ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh penemaan calon,pengundian awal dan pengundian serentak dalam tempoh 60 hari mengikut perlembagaan Persekutuan.
 

 
 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN