27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dua waris pesakit COVID yang meninggal dunia terima sumbangan NADMA

SERAH…..Rithuan menyerahkan cek Bantuan Khas Pengurusan Kematian Tabung COVID 19 lepada puan Bong Siew Lan sambil diperhatikan oleh Zico (dua kanan)

LABUAN: Dua  pewaris  pesakit COVID yang telah meninggal dunia menerima sumbangan Bantuan Khas Pengurusan Kematian Tabung COVID 19  bernilai RM5,000 setiap sorang daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Salah seorang daripada pewaris tersebut iaitu Puan Bong Siew Lan  telah menerima sumbangan itu yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah (JPBD), Rithuan Ismail pada Jumaat.

Hadir sama menyaksikan majlis  ringkas itu ialah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Labuan, Mejar (PA)  Zico Sual.

Puan Bong  Siew Lan, 66, menerima sumbagan tersebut selepas  suami beliau telah meninggal dunia akibat COVID19 pada Oktober 2020.

Sementara itu, Rithuan ketika ditemui menjelaskan pewaris pertama telahpun menerima bantuan yang sama pada Januari lalu.

Beliau berkata sehingga hari ini Labuan telah merekodkan 13 kematian akibat COVID 19 sambil menambah 11 lagi waris terdekat mangsa COVID itu  akan menerima sumbangan ihsan Bantuan Khas Pengurusan Kematian Tabung COVID 19   NADMA dalam waktu terdekat yang akan dibuat secara berperingkat-peringkat.   

“Sumbangan ini adalah merupakan sumbangan ikhlas dari kerajaan selaras dengan prinsip kerajaan yang prihatin  untuk membantu meringankan bebanan  waris mangsa yang terkorban akibat  COVID 19” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN