GAMBAR ATAS– Jamawi(tiga dari kanan) menunjukkan isyarat terbaik selepas meninjau pusat kuarantin di Taman Pertanian Lagud Seberang Tenom.
TENOM: Dua pusat kuarantin di daerah ini telah diwujudkan iaitu di Taman Pertanian Lagud Seberang yang sudah pun mula beroperasi dan sebuah lagi menyusul di Pusat Giat Mara Tenom.
Wakil Rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, setakat kemarin seramai 50 orang terdiri dari pelajar dan pekerja yang balik dari semenanjung telah ditempatkan di pusat Kuarantin Taman Pertanian Lagud Sebarang
Menurut beliau Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Tenom telah menetapkan Pekerja yang balik daripada Semananjung Malaysia atau Zon Merah di Sabah dan pelajar harus menjalani kuarantin 14 hari di pusat ini sebelum mereka balik ke rumah keluarga masing-masingÂ

” Saya melawat kedua dua Pusat Kuarantin ini keadaannya memuaskan dengan kelengkapan yang disediakan dan tiada rungutan dari mereka yang menjalani kuarantin di sini” katanya ketika ditemui selepas meninjau pusat kuarantin tersebut kemarin .
Turut serta Timbalan Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Covid 19 merangkap Penolong Pegawai Daerah Tenom Mas Sazwan, dan Martinus Lunggeh, penolong Pegawai Daerah Kemabong Yuesri Ismail Yusof dan PPM Kemabong Burnley Balang.
Beliau memuji usaha yang dilakukan oleh (PKOB) Tenom yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dengan persediaan pusat kuarantin daerah yang teratur bagi membolehkan mereka yang menjalani kuarantin berada dalam keadaan selesa semasa menjalani kuarantin.
Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan walaupun daerah Tenom dan Kemabong masih bebas dari paramedik Covid-19 namun setuasi tersebut tidak wajar melalaikan semua pihak justeru langkah berhati hati dan mematuhi arahan kerajaan khususnya KKM wajar diberikan keutamaan oleh penduduk di kawasan ini .

” Usaha (PKOB) daerah untuk mewajibkan setiap penduduk yang datangnya lain daerah terutamanya dari zon merah ,golongan pekerja dan pelajar dari semenanjung perlu menjalani kuaratin sebelum kembali ke rumah masing masing bukan bertujuan membebankan tapi lebih kepada usaha untuk memutuskan rangkaian wabak Covid-19″ katanya.
Sehubungan dengan itu beliau meminta mereka yang terlibat agar memberikan kerjasama sepenuhnya demi kebaikan semua pihak. Tamat/-