Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Shahrudin Mat Husain
KENINGAU:Dua lagi lelaki rakyat tempatan ditahan polis kerana memiliki daun hijau disyaki ketum seberat 100 kilogram bernilai RM1,000.00 pada 11 Mac lepas lebih kurang jam 11.45 pagi di Jalan Sook – Keningau
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Shahrudin Mat Husain yang mengesahkan kejadian itu berkata, menurut laporan dari Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Sabah, kedua-dua individu yang ditahan berumur antara ‪35 – 37‬ tahun itu dikesan dalam Operasi Khas (Kesalahan Bunyi Bising) di Batu 23 jalan Sook – Keningau.
Katanya, Pasukan JSPT IPK Sabah yang diketuai oleh Ketua JSPT Sabah bersama Timbalan Ketua JSPT Sabah, PT Penguatkuasa dan Inspektor Siasatan/Perundangan dan 10 anggota dari JSPT IPK Sabah yang menjalankan Operasi Khas itu, telah menahan sebuah kenderaan jenis Axia warna putih Nombor Pendaftaraan PPD 331 kerana telah membuat pusingan U berpatah balik untuk melarikan diri dari lokasi Operasi.
Walau bagaimanapun katanya, kenderaan itu telah berjaya dipintas dan ditahan pasukan polis yang menjalankan operasi.
“Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai 10 beg plastik berwarna biru berisi dedaun hijau disyaki daun ketum dibahagian bonet belakang dan di bahagian tempat duduk penumpang belakang kenderaan tersebut.
Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan tersebut telah dijalankan dan telah menjumpai sebilah parang besarung, ukuran lebih kurang 40cm dari hulu parang, yang disembunyikan di dalam bonet belakang kenderaan tersebut, kesemua barang kes dirampas dan kedua dua saspek ditangkap untuk tindakkan lanjut.
Sebab-sebab ditangkap dan hak-haknya sebagai orang ditangkap dibawah sek 28A KPJ telah dimaklumkan kepada kedua-dua tangkapan” katanya.
Sementara itu katanya, Ujian saringan air kencing telah dijalankan dan mendapati kedua- dua tangkapan positif dadah jenis methamphetamine dan Amphetemine.
Hasil siasatan katanya, mendapat kedua-dua suspek adalah penganggur dan menjual ketum yang dipungut dengan harga RM 10 bagi 1kilogram daun ketum dan dua-duanya merupakan penduduk tetap Kampung di Salah sebuah kampung Sook dan menyewa kenderaan yang ditahan daripada milik seorang wanita dari Salah sebuah kampung dekat sini.
“Siasatan juga mendapati kedua-dua suspek mendapat bekalan daun ketum dari kawasan tepi sungai Sook yang mereka petik sendiri dan mereka mengambil masa dua hari untuk mengumpul daun-daun yang dirampas. Daun yang dirampas adalah untuk pasaran di daerah Ranau dan akan dijual kepada kenalan salah satu suspek yang hanya dikenali sebagai Lali dari Salah sebuah kampung di Ranau” tambahnya.
Tangkapan dan rampasan dibawa ke balai untuk siasatan dibawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Kes turut disiasat dibawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan 1958.